Edit

Friday 20 December 2013

Tugasan Projek Falsafah dan Etika Guru



TUGASAN PROJEK
Guru bukan sahaja pelaksana aktiviti pengajaran dan pembelajaran maah dia juga perlu membimbing anak muridnya berkembang secara menyeluruh dan bersatupadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Dalam usaha untuk mencapai ini, guru dituntut untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh beretika dan professional.
Berdasarkan data, pemerhatian dan perbincangan anda dengan guru-guru sekolah semasa anda melaksanakan Program Berasaskan Sekolah.
i.              Cadang dan jelaskan sekurang-kurangnya empat cara guru berperanan dalam merealisasikan hasrat melahirkan murid berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis (FPK)
ii.            Dengan membandingkannya dengan KBSR, bincangkan sekurang-kurangnya empat ciri utama KSSR.
iii.           Kenalpasti dan bincangkan lima amalan terbaik yang ditunjukkan oleh guru di sekolah tersebut semasa mereka menjalankan tugas mereka dan,
iv.           Secara individu tuliskan sebuah refleksi mengenai pengalaman anda semasa anda menyiapkan tugasan ini.








Cadang dan jelaskan sekurang-kurangnya empat cara guru berperanan dalam merealisasikan hasrat melahirkan murid berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis (FPK).
PENDAHULUAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan teras kepada sistem pendidikan di Malaysia sejak 1988. FPK telah distruktur berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (Choong, 2008).
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Kementerian Pendidikan telah memperuntukkan jumlah dana hampir empat kali ganda bagi sekolah rendah dan lima kali ganda bagi sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum menunjukkan bahawa kokurikulum merupakan aktiviti yang amat relevan bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan. Che Aziz Jaafar, 2002 berpandangan bahawa penambahan dana ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dari aspek intelek, tetapi juga dari aspek sosial, rohani dan jasmani melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:
·         Percaya dan patuh kepada Tuhan.
·         Berilmu pengetahuan.
·         Berakhlak mulia.
·         Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
·         Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
·         Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik.
Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman tertentu. Antaranya pengalaman mengembara, ikhtiat hidup di hutan, dan menyertai pertandingan. Hal ini adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Seterusnya, guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak mulia supaya mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai kaunselor murid.
Kaunselor berperanan dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya mereka menghadapi masalah. Selain daripada ibu bapa, guru merupakan insan terbaik dalam membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana sesetengah murid gagal berkomunikasi dengan ibu bapa apabila mereka menghadapi masalah. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam menenangkan fikiran dan emosi mereka supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang negatif. Guru juga harus meluangkan masa yang lebih dan memberi perhatian tambahan kepada murid-murid yang menghadapi masalah. Khususnya, mereka yang menghadapi masalah keluarga, kewangan, disiplin dan masalah kesihatan. Hal ini supaya murid-murid berasa selesa dan tidak menghadapi masalah untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat pencapaian yang terbaik.

Peranan guru sebagai medium bagi memperkembangkan potensi murid
Setiap murid di sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Hal ini kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat menonjolkan bakatnya kerana tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui cara yang betul untuk mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan potensi yang ada dikalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peranan guru sebagai pembentuk disiplin murid.
Sepertimana yang kita ketahui, sekolah adalah bertanggungjawab dalam membanteras masalah disiplin murid hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan FPK. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat. Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan ahklak.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin. Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah tersebut adalah seperti berikut:

Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur. Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur. Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi. Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin. Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah.
Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan.
Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
Guru kelas adalah bertindak ibu atau bapa ketika murid-murid di sekolah. Beliau perlu mengetahui setiap masalah pelajar supaya sesi pembelajaran tidak terganggu. Beliau juga mengambil berat tentang kehadiran murid ke sekolah. Kadang-kadang, beliau pergi ke rumah murid yang tidak datang untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid tersebut.
Beliau juga bertanggungjawab untuk membantu murid menghias kelas kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh beliau. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.
Selain itu, beliau juga sentiasa memberi bimbingan dan sokongan kepada murid-murid mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Beliau bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Beliau juga sering memberikan nasihat yang dapat membina keyakinan murid-murid mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni sekaligus dapat merialisasikan FPK. Guru haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan murid di sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui latar belakang keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak mereka di rumah dengan cara yang terbaik dan berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan dengan anak mereka, guru merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan perasan dan masalah serta meminta nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, peranan guru ketika ini amatlah penting dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak mereka dan membantu anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin.
Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan “modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi… perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah”. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.







Dengan membanding bezakannya KSSR dengan KBSR, bincangkan sekurang-kurangnya empat ciri utama KSSR.
Perbezaan di antara KBSR dan KSSR

Aspek
KBSR
KSSR

Bentuk

·       Komunikasi
·       Manusia dengan alam sekelilingnya
·       Perkembangan diri individu

·      Komunikasi
·      Kerohanian, Sikap Dan Nilai
·      Kemanusiaan
·      Ketrampilan Diri
·      Perkembangan Fizikal Dan Estetika
·      Sains Dan Teknologi


Organisasi

·      Tahap I (tahun 1, 2 dan 3)
Ø  Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif
·      Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Ø  Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan.


·      Tahap I (tahun 1, 2 dan 3)
Ø  Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif
·      Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Ø  Mata Pelajaran Teras dan Elektif
Kandungan
Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran

Pedagogi
·       Kemahiran Berfikir Dalam P&P
·       Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P
·       Penggunaan TMK
·       Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
·       Pembelajaran Secara Konstuktivisme
·       Pembelajaran Secara Kontekstual
·       Pembelajaran Secara Akses Kendiri
·       Pembelajaran Masteri
·       Belajar Cara Belajar
Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut:
·      Kemahiran Berfikir Dalam P&P
·      Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P
·      Penggunaan TMK
·      Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
·      Pembelajaran Secara Konstruktivisme
·      Pembelajaran Secara Akses Kendiri
·      Pembelajaran Masteri
·      Belajar Cara Belajar
Peruntukan masa
Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Kaedah pentaksiran
·      Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif
·      Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran
·      Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
·      Bersifat autentik dan holistic
Bahan
·      Sukatan pelajaran
·      Huraian sukatan pelajaran
Ø  Kandungan
Ø  Hasil Pembelajaran
Ø  Cadangan Aktiviti P&P
·      Buku teks
·      Dokumen Kurikulum
Ø  Standard Kandungan
Ø  Standard Pembelajaran
·      Buku Teks
Pengisian kurikulum
·      Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.
Rekabentuk Kurikulum
·      Linear
·      Modular
Elemen
·      Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
·      Elemen Kreativiti Dan Inovasi, Elemen Keusahawanan Dan Elemen Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Secara Eksplisit
Fokus
·      Fokus 3M
(mendengar, membaca, menulis)
·      Fokus 4M
(mendengar, membaca, menulis dan menaakul)





Untuk KBSR, pengajaran dan pembelajaran mereka lebih menekankan kepada penguasaan Kemahiran Bahasa. Iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur serta Kemahiran Membaca dan Menulis. Tetapi pelaksanaan KSSR pula menekankan kepada aspek dan skop yang lebih luas iaitu Kemahiran Bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis), Aspek Seni Bahasa dan Aspek Tatabahasa. Aspek Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasikan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.
Murid-murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang mengandungi simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka. Ia juga mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P mereka seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.
Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P. Aspek Tatabahasa dalam KSSR pula merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantic serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Strategi untuk murid menguasai Bahasa Inggeris dalam  KBSR ialah dasar PPSMI sementara dalam KSSR pula strateginya ialah dasar MBMMBI. Penilaian dalam KBSR menggunakan kaedah konvensional ujian dan peperiksaan sementara dalam KSSR pula menggunakan Standard Prestasi (yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan) sebagai panduan wajib guru untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ujian dan peperiksaan sudah tidak lagi wajib dilaksanakan.  Pencapaian atau perkembangan murid akan dilabelkan dengan band. Tidak ada lagi nombor (kedudukan) dalam peperiksaan sebaliknya mereka dilabel dengan band dari 1 hingga 6.  Band 6 adalah aras tertinggi sementara band 1 pula adalah sebaliknya. Dasar MBMMBI telah merubah struktur mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dari segi komponen, peruntukan bilangan masa p&p, pendekatan serta mewajibkan kedua-dua mata pelajaran tersebut diajar oleh guru opsyen.










PENTAKSIRAN DI DALAM KSSR
Pentaksiran Sekolah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala pentaksiran secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autaentik dan holistik. Proses Pentaksiran Sekolah melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard) serta penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Guru membuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.
Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal. Murid dapat menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki dan belajar dengan kaedah tersendiri. Selain itu, murid dapat mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta. Murid akan lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran, dapat melalui proses pembelajaran dengan berjaya serta berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi. Pentaksiran formatif untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam  mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.
Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas.  Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk  pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas  tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi elemen-elemen seperti kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan, tahap pembelajaran yang diharapkan dan maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan.
Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklum balas,  bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.   Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keautentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut.  Sesuatu instrumen yang secara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteria penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas.
Pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau bersendirian. Tujuan utama pentaksiran bukan hanya untuk membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang positif bagi membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran; bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada keberkesanan program. Antara kaedah pengumpulan eviden pentaksiran sekolah ialah melalui kaedah pencerapan. Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala pengadaran (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod.
Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar.  Ia membolehkan guru mengumpul eviden yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini mengemukakan eviden tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah dipelajari. Ujian boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.
Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran. Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang  mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis.
Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek  kerjasama, bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja kumpulan. Modul pengaran dalam KSSR mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan kepada murid. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Tujuan pemulihan adalah untuk membantu murid lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaran lalu dan untuk membantu murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.
Dalam aktiviti pemulihan, guru boleh menjalankan program bacaan tambahan dengan menggalakkan murid membuat bacaan meluas dengan pelbagai rujukan daripada buku dan internet. Guru boleh memberi bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif murid bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam kelas. Selain itu, guru boleh menggalakkan murid membuat kerja projek yang dijalankan secara individu atau berkumpulan contohnya aktiviti yang meminta murid untuk membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan masalah mudah. Ia bertujuan untuk menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah. Pengayaan ialah proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Tujuannya ialah untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid di samping membekalkan peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang. Aktiviti pengayaan menyediakan murid untuk memperkembangkan potensi ke tahap maksima. Ia dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah. Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri.

KEMAHIRAN BAHASA DALAM KSSR













Kemahiran Membaca
 
 










Grafik 1: komponen Utama Kemahiran Bahasa




























Rounded Rectangle: Mendengar dengan teliti
Rounded Rectangle: Berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan










Rounded Rectangle: Memahami dan menghayati perkara yang didengar




Rounded Rectangle: Menyampaikan maklumat










Rounded Rectangle: Meluahkan perasaan



Rounded Rectangle: Dapat memberikan maklum balas








Rounded Rectangle: Menyatakan pendapat dengan kreatif dan kritis dengan intonasi yang betul

 


































Bagi KBSR, semua kemahiran bahasa adalah hampir sama dengan KSSR yang  meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Jika dilihat dari kemahiran yang pertama, Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Seterusnya, merujuk kepada Kemahiran Bertutur iaitu keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dab kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.








































Rounded Rectangle: Membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul
Rounded Rectangle: Keupayaan menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif










Rounded Rectangle: Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan




Rounded Rectangle: Menghasilkan penulisan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas







Rounded Rectangle: Keupayaan menghayati teks bacaan







Rounded Rectangle: Galakkan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan penulisan ilmiah dan imaginatif

 


























Grafik 2: Perincian Kemahiran-Kemahiran Berbahasa

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.
Bagi KSSR pula, semua kemahirannya adalah sama dengan KBSR. Ia ada Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menaakul. Cuma, ia ada penambahan satu lagi kemahiran yang lain iaitu Kemahiran Menaakul. Kemahiran Menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang itu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. Pelajar diberikan ruang serta galakan untuk mengasah kemahiran tersebut supaya mereka dapat membezakan di antara yang positif dan negatif.

Perbezaan Kemahiran Membaca dan Menulis dalam KBSR & KSSR

Terdapat 8 kemahiran dalam standard kandungan KSSR dan 4 dalam Hasil Pembelajaran.
      Asas membaca tiada dalam Hasil Pembelajaran KBSR dan diberi penekanan dalam standard kandungan kSSR.
      Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca (bacaan luas) dimasukkan dalam standard kandungan KSSR tetapi tiada dalam tahun satu Hasil Pembelajaran KBSR.
      Kemahiran asas menulis diperkenalkan dalam standard KSSR yang tiada dalam Hasil Pembelajaran KBSR.
      Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun tiada dalam tahun satu KBSR.
      Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber tiada dalam tahun satu KBSR.
      Mengedit dan memurnikan hasil penulisan tiada dalam tahun satu KBSR.






ASPEK SENI BAHASA DALAM KSSR
Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

KBSR tidak menekankan Aspek Seni Bahasa. Tetapi, di dalam KSSR, Aspek Seni Bahasa sering ditekankan di sekolah-sekolah agar pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dapat diseimbangkan dalam semua kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif melalui pelbagai kaedah pengajaran dan strategi. Ianya berbentuk serampang dua mata iaitu pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan dan pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan. Aktiviti yang bercorak didik hibur ini dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat menghargai dalam sesuatu nilai dalam sastera atau seni.


Rounded Rectangle: Didik Hibur
Didik – ajar
Hibur – menyenangkan dan menggirangkan hati

Didik Hibur – sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang
                     menghiburkan atau menggirangkan hati.
 






Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah yang telah ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi), memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman berbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secara berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial. Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran untuk dijadikan panduan kepada para pendidik. Antaranya ialah;
i. Berpusatkan murid
i. Kepelbagaian teknik pengajaran
ii. Kepelbagaian sumber bahan
iii. Penggunaan tatabahasa, yangtepat
iv. Memperkayakan bahan bacaan

Aspek Kemahiran bernilai tambah (KBT) masih digunapakai dalam pengajran dan pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Berikut adalah aspek KBT yang akan diaplikasikan;
i. Kemahiran berfikir
ii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
iii. Kemahiran belajar cara belajar
iv. Kajian masa depan
v. Kecerdasan pelbagai
vi. Pembelajaran konstruktivisma
vii. Pembelajaran kontekstual
EMK-Elemen Merentas Kurikulum
i.Kreativiti
ii.Teknologi dan inovasi
iii. Keusahawanan
Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai.
Penggabungjalinan kemahiran bertujuan untuk membolehkan murid mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa dalam satu masa. Dengan ini murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak. Contohnya;
i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran membaca,
ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran menulis,
iii. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis.

Objektif Aspek Seni Bahasa di dalam KSSR
Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan untuk menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur. Ini penting di dalam proses pemahaman murid-murid dalam P&P yang dijalankan. Selain itu, aspek seni bahasa ini  mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur. Ia juga mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

Prinsip Pengajaran Seni Bahasa
            Di dalam pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa, ia begitu mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa. Pemilihan bahan pula mestilah sesuai dan menarik. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh. Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif.

Kreativiti

Empat kategori definesi tentang kreativiti/kreatif oleh Hassan Langgulung, 1991 melalui bukunya Kreativiti Dalam Pendidikan; Satu Kajian Psikologi Dan Falsafah, DBP Kuala Lumpur.
·         Dikaitkan dengan potensi pencapaian kreativiti dilihat sebagai satu set cirri individu.
·         Dirujukkan pula pada proses yang daripadanya diperoleh hasil atau dengan perkataan lain, merujuk proses mental sesuatu atau proses intelektual, tingkah laku ke arah kepada pencapaian kreatif.
·         Menyentuh kepada produk iaitu kreativiti dilihat terletak pada proses akhirnya, bukan pada orangnya.
·         Tentang faktor persekitaran dan faktor budaya yang berpengaruh terhadap kegiatan kreatif tersebut.
Kreativiti dikaitkan dengan potensi pencapaian kreativiti dilihat sebagai ciri individu dalam proses memperolehihasil atau dengan perkataan lain, merujuk proses mental sesuatu atau proses intelektual, tingkah laku ke arah kepada pencapaian kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan faktor budaya yang berpengaruh terhadap kegiatan kreatif tersebut.

ASPEK TATABAHASA DI DALAM KSSR

Di dalam KSSR, aspek Tatabahasa adalah berdiri dengan sendiri. Apa yang dimaksudkan di sini adalah melalui KSSR, aspek Tatabahasa akan diajar berasingan dengan empat kemahiran yang lain iaitu kemahiran membaca,lisan,menulis dan aspek seni bahasa. Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Aspek Tatabahasa
Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. Memahami dan menggunakan kata nama am, nama khas, kata ganti nama diri pertama dan kedua serta kata kerja dengan betul;
ii. Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dan kata hubung dengan betul;
iii.Memahami dan menggunakan kata tanya merujuk manusia dan benda dengan betul;
iv. Menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul; dan
v. Memahami dan membina ayat dasar dengan pola FN + FN , dan FN + FK dengan betul.




Prinsip Pengajaran Aspek Tatabahasa
i. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan.
ii. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.
iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafalkan rumus atau hukum bahasa.
iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.
v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.
vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan.
vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara berkesan.
viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak disampaikan.
ix. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.
x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.
xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan kefahaman.

Kesimpulan
Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran KSSR secara jelas, apakah kita dapat menghuraikan, apakah terdapat kaitan antara Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Dengan merujuk kepada definisi Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan matlamat serta ciri-ciri KSSR itu sendiri, saya dapati KSSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran pendidikan pada peringkat awal, KSSR sememangnya memikul tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaannya segalanya adalah baru bermula. KSSR akan memastikan pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KSSR menekankan kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis dan mengira dan menaakul. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampan, segala proses pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hassan, 1996).
KSSR menitik beratkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya disamping EMK,TMK,KMD dan sebagainya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, KSSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat dua masa untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KSSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran mata pelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan.
Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KSSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru dengan lebih kreatif lagi. Secara tidak langsung hasil kreativiti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang.








Kenalpasti dan bincangkan lima amalan terbaik yang ditunjukkan oleh guru di sekolah tersebut semasa mereka menjalankan tugas mereka.

























Refleksi

No comments:

Post a Comment