Edit

Saturday 21 December 2013

RPH Tahun 4 Bahasa Melayu



Rancangan Pelajaran Harian`
Bahasa Melayu Tahun 4

Tarikh                        : 7 Ogos 2012
Masa                          : 1020 – 1120 pagi
Mata pelajaran         : Bahasa Melayu
Tahun                        : Tahun 4A
Bilangan Murid       : ___ orang
Tema                         : Rakyat Cergas Negara Maju
Tajuk                         : Bintang Badminton


Hasil Pembelajaran:

Fokus utama
8. 2        Membina dan menulis ayat tunggal  dan ayat majmuk dalam sesuatu
              penulisan teks tentang sesuatu tajuk
              Aras 1
              i.Membina ayat tunggal dan ayat  majmuk berdasarkan tajuk.

Fokus sampingan
1.5       Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
            Aras 1
i.              Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan. 

5.2      Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. 
            Aras 3
i.              Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Objektif pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
1.    Membina  sekurang-kurangnya  6  ayat tunggal berdasarkan tajuk
“Bintang Badminton” .
2.    Menyatakan sekurang-kurangnya 5 fakta yang terdapat dalam petikan “Bintang Badminton”.
3.    Menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan pemahaman berdasarkan teks “Bintang Badminton” yang dibaca.

Sistem bahasa:
Tatabahasa   : antonim (lelaki x perempuan, muda x tua, dalam x luar,
  ramai x sedikit, selepas x sebelum)
Kosa kata      : menundukkan, merangkul, arena

Pengisian kurikulum
                        Ilmu     : Pendidikan Jasmani
                        Nilai    : Kerajinan, patriotisme, semangat kesukanan.

Kemahiran bernilai tambah (KBT):
                        Kemahiran berfikir                           : Menjana idea
Kemahiran belajar cara belajar      : Mencatat isi penting
Kecerdasan pelbagai                      : verbal-linguistik,
  interpersonal, intrapersonal

Pengetahuan sedia ada   : Murid-murid pernah bermain badminton dengan
  rakan.

Bahan bantu mengajar     : Gambar Raket badminton dan bola tangkis, petikan “Bintang Badminton”, , lembaran kerja.


Langkah/ masa

Isi pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan



Set induksi
(5 minit)

Contoh soalan:
·         Sukan apakah yang dimainkan oleh guru?
Andaian jawapan
-badminton
·         Apakah nama benda ini?
-Bulu Tangkis
·         Siapa gemar bermain permainan ini?
-murid
·         Siapakah pemain handal dalam permainan ini?
-Chong Wei , Lin Dan , Rashid Sidek, Hafiz Hashim

1.    Guru menunjukkan gaya seorang pemain badminton. 
2.    Guru bertanya adakah murid menonton perlawanan akhir olimpik.
3.    Murid diminta meneka aksi yang dilakonkan oleh guru.
4.    Murid ditunjukkan bola tangkis dan raket.
5.    Murid menjawab soalan tentang badminton berdasarkan pengalaman sedia ada
6.    Guru mengaitkan  soal jawab tadi dengan tajuk P&P hari ini

Bahan bantu mengajar:
 Raket dan bola tangkis.

Kemahiran berfikir:
menjana idea.




Langkah 1
(8 minit)

Menyatakan fakta dalam petikan.

Peta Minda:
(Rujuk rampiran 1)


1.    Murid diminta membaca petikan yang bertajuk “Bintang Badminton” dan  diminta mencari isi penting setiap peranggan dan mencatat dalam peta minda yang didearkan oleh guru.
2.    Guru dan murid untuk menyemak jawapan.
Bahan bantu mengajar:
Petikan “Bintang Badminton”
Peta minda
Nilai:
Patriotisme
Kecerdasan pelbagai:
Verbal-linguistik
Nilai:
Patriotisme




Langkah 2
( 10 minit)
Menjawab soalan pemahaman
Kosa kata:
1.    Menundukkan:
Menewaskan
2.    Merangkul
Mencapai
3.    Arena
Medan; gelanggan
1.    Guru dan murid-murid berbincang tentang kosa kata yang terdapat dalam petikan.
2.    Murid-murid diberi lembaran kerja pemahaman. 
3.    Guru membincangkan jawapan bersama-sama dengan murid.
Bahan bantu mengajar:
Petikan dan lembaran kerja pemahaman.
Kecerdasan pelbagai:
interpersonal





Langkah 3
(9 minit)


Tatabahasa
Antonim
·         lelaki x perempuan
·         muda x tua
·         dalam x luar
·         ramai x sedikit
·         selepas x sebelum
Pengayaan:
Menukar perkataan yang digariskan dalam petikan dengan antonim yang betul.
(Rujuk Lampiran 2)
Pemulihan:
Memilih antonim yang tepat bagi perkataan yang digarisi dalam ayat. (Rujuk lampiran 3)




1.    Guru menerangkan dan memberikan contoh-contoh antonim kepada murid-murid.
2.    Murid-murid menjawab soalan mengikut kumpulan pengayaan dan kumpulan pemulihan.
3.    Guru membincangkan jawapan bersama-sama dengan murid.



Bahan bantu mengajar:
lembaran kerja

Nilai:
Kerajinan






Langkah 4
( 25 minit)
BINTANG

BADMINTON
Menulis ayat tunggal berdasarkan petikan “Bintang Badminton”.



 















1.    Murid dalam kumpulan diminta menulis ayat tunggal berkaitan dengan Datuk Lee Chong Wei pada lembaran yang telah diberikan.
2.    Murid membentangkan jawapan mereka dihadapan kelas.
Bahan bantu mengajar:
Lembara kerja”, petikan “Bintang Badminton”.
Kemahiran belajar cara belajar           : Mencatat isi penting petikan
Kecerdasan pelbagai:
Intrapersonal
Nilai:
bekerjasama

Penutup
(3 minit)

Rumusan kognitif:
·         Menulis ayat tunggal tentang ikon sukan badminton
 Rumusan Sosial:
·         Bersenam dan bersukan baik untuk kesihatan kita


1.    Murid-murid diminta merumus tentang kemahiran bahasa yang dipelajari
2.    Guru  meminta murid menyenaraikan kebaikan bersukan

Nilai:
Semangat patriotisme


Refleksi Guru :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan Guru Matapelajaran:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment