Edit

Saturday 21 December 2013

Reflektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur



Topik 6 :  Reflektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kelas              : 1A (KSSR)
Jumlah murid            : 22 Orang
Nama guru    : Puan Mariam
Tarikh             : 6 Ogos 2012
Masa               : 1020 - 1120

Untuk kemahiran mendengar dan bertutur, guru telah mengajar topik bertemakan pertanian adalah ekonomi. untuk topik ini tajuk yang dipilih ialah kebun datuk anas muka surat 94 buku teks tahun 1. sebelum memulakan tajuk set induksi guru berkisarkan pengetahuan sedia ada murid, mengenai tanaman apakah yang ditanam di kebun masing - masing. pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid. guru melayan jawapan murid dengan baik walaupun jawapan yang agak tidak logik seperti tanaman seperti starwberi dan sebagainya.
            Seterusnya guru bertanya kepada murid jenis sayur - sayuran yang ditanam di kebun datuk anas. murid boleh memberitahu jawapan berdasarkan gambar yang ditunjukkan dalam buku teks.guru membiarkan dahulu murid menyebut sayur - sayuran dan peralatan kebun dengan sebutan yang salah. contohnya sayur menjadi "sayo" , timun menjadi "temun", cangkul menjadi "cangkui" dan sebagainya.
            Selepas itu , guru membacakan petikan dalam buku teks. guru menyuruh murid - murid menunjukkan dengan jari tangan, perkataan dalam ayat, baris demi baris yang dibacakan oleh guru. Guru memberikan penekanan kepada intonasi , jeda , tanda baca dan sebutan yang betul. Bagi sebutan yang betul guru mengulangi perkataan tersebut supaya murid dapat mendengar dan menyebutkan dengan betul nanti.
            Untuk langkah seterusnya , guru memilih murid secara rawak untuk membaca petikan. bagi murid yang lancar bacaannya, betul jeda , tanda baca dab berintonasi guru memberi pujian peneguhan dan tepukan. Murid yang kurang lancar, salah sebutan guru membetulkan pada masa itu juga dan menyuruh murid tersebut mengulangi perkataan yang sama.
            Untuk langkah terakhir guru menanya soalan secara lisan kepada murid bermula dari tahap mudah ke aras berfikir. Soalan bermula dari apakah? siapakah? bagaimana? dan mengapa?.
            Sepanjang pemerhatian saya, murid mempunyai beberapa kelemahan dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Antaranya ialah :

1.        Murid tidak dapat mendengar dengan jelas sebutan guru kerana gangguan bunyi bising. Sekolah ini berdekatan dengan kem tentera dan balai polis. Bunyi helikopter tentera dan trak - trak polis menyebabkan bunyi bising.
2.        Guru telah membunyikan perkataan dengan baik, kerana pengaruh dialek atau bahasa melayu sebagai bahasa kedua menjadikan pertuturan murid kurang tepat.
3.        Murid masih teragak - agak memberi jawapan kerana kurang mahir untuk mengaitkan soalan guru dengan topik yang dipelajari. Murid kurang yakin dengan jawapan sendiri dengan membisikkan jawapan pada telinga kawan.

            Pelbagai aktiviti boleh digunapakai oleh guru bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik. Antarany ialah,

  1. Guru boleh menjadikan proses P n P lebih menarik dengan melukis/mecetak topeng muka watak - watak yang diajar. Murid lebih teruja dan mendalami watak - watak yang dicerita oleh guru. Ini seterusnya dapat menghiburkan murid untuk terus bercakap. kaedah ini sesuai untuk murid yang malu bercakap.
  2. Bagi mengelakkan gangguan bunyi bising , guru boleh menggunakan makmal komputer yang berhawa dingin dan kedap bunyi. Selain memberi suasana baru kepada murid, ianya boleh mengelak bunyi bising yang menganggu proses komunikasi ketika P n P dijalankan.
  3. Guru juga boleh menjadikan proses P n P lebih interaktif dengan menggunakan video dan bunyi - bunyian. Dialog dalam filem P. Ramlee contohnya, boleh dijadikan bahan pengajaran kemahiran lisan. Murid mendengar dialog filem - filem seterusnya membunyikan semula dengan sebutan dan intonasi yang tepat.

        Kemahiran mendengar adalah kemahiran asas yang penting bagi murid terutamanya Tahap 1 menguasai bagi memudahkan mereka menguasai kemahiran membaca , menulis dan seterusnya menaakul. Kreativiti , inovasi dan pengalaman guru penting bagi menjadikan kemahiran memdengar dan bertutur ini dikuasai dengan berkesan. Cabaran dan gangguan dalam melaksanakan proses ini memang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun cabaran inilah menjadikan guru lebih aktif dalam menjadikan proses P n P satu pengalaman menarik.

No comments:

Post a Comment