Edit

Saturday 21 December 2013

5P



KONSEP 5P
Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid.
Konsep 5P ini juga merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Ia merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), konsep 5P masih diteruskan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). 5P merujuk kepada Penggabungjalinan, Penyerapan, Penilaian, Pengayaan dan Pemulihan. Tidak banyak perbezaan dalam kedua – dua Kurikulum ini dan KSSR mempunyai penambahbaikan sesuai dengan matlamatnya melahirkan murid yang mempunyai kreativiti dan inovasi selaras dengan dasar negara maju menjelang tahun 2020. Elemen keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ditekan secara ekplisit di dalam KSSR.

A.   Penggabungjalinan
Definisi:
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Ciri-ciri:
1.    Penguasaan beberapa kemahiran serentak sama ada inter bidang atau intra bidang
2.    Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa turut digabungjalinkan
3.    Kemahiran bahasa digabungkan dalam proses P&P

Cara pelaksanaan:
            Seperti yang telah diterangkan di atas, konsep penggabungjalinan ialah menggabungkan 2 atau lebih jenis kemahiran, aktiviti atau pun bahan di dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika guru ingin menggunakan konsep 5P penggabungjalinan kemahiran di dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, maka guru berkenaan akan menggabungkan 2 di antara kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Isi kandungan P&P guru harus melibatkan gabungan 2 di antara kemahiran bahasa tersebut. Contohnya, guru merancang ingin mengajar murid-murid tahun 4 yang bertema Rakyat Cergas Negara Maju. Guru memilih tajuk Bintang Badminton sebagai topik pengajarannya. Guru memilih Hasil Pembelajaran 8.2 Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 sebagai Fokus Utama yang memfokuskan aktiviti guru di dalam kemahiran menulis. Sementara guru memilih Hasil Pembelajaran 5.2 Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 sebagai Fokus Sampingan yang memfokuskan aktiviti guru di dalam kemahiran membaca. Jelas di sini bahawa guru tersebut menggabungjalinkan 2 jenis kemahiran serentak di dalam satu pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Langkah-langkah P&P guru seharusnya lebih menekankan kepada fokus utamanya iaitu kemahiran menulis sementara itu mengaplikasikan kemahiran membaca di dalam satu lembaran kerja ataupun aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap penguasaan mereka.
            Konsepnya sama sahaja jika guru ingin menggabungjalinkan aktiviti dan bahan. Di dalam penggabungjalinan aktiviti, terdapat tiga aspek aktiviti yang penting iaitu lisan, bacaan dan kefahaman, serta tulisan. Aktiviti lisan merangkumi berbual, berbincang, berbahas dan lain-lain. Sementara aktiviti bacaan dan kefahaman merangkumi memahami, meringkas, memberi makna dan lain-lain serta aktiviti tulisan yang merangkumi esei, laporan, ucapan dan sebagainya. Untuk melaksanakan penggabungjalinan aktiviti dengan baik, guru perlu merancang aktiviti-aktiviti mengikut urutan yang baik. Contoh:
a.         Berceramah       mencatat isi
b.         Bercerita         berbincang         menulis karangan
c.          Membaca       mengesan isi        mengulas        menulis ulasan

            Di dalam penggabungjalinan bahan, guru memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Di dalam penggabungjalinan bahan boleh terdiri daripada tiga jenis bahan iaitu bahan utama(petikan), bahan sokongan(bahan rangsangan) dan bahan lisan(rakaman). Guru boleh menggabungjalinkan bahan-bahan ini mengikut keperluan masa yang diperuntukkan di samping mempunyai pertalian dan urutan yang baik. Sebagai contoh:

a.    Berita        ulasan
b.    Iklan         surat permohonan       temu duga        surat jawapan



B.   Penyerapan
Definisi:
Di dalam KBSR penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.
Ciri-ciri:
1.    Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah dalam P&P bahasa Melayu
2.    Penyerapan kemahiran bernilai tambah
3.    Peyerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
4.    Penyerapan semangat patriotisme dan nilai murni dalam P&P
Cara pelaksanaan:


C.   Pengayaan
Definisi:
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada  murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,  daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada  kumpulan cerdas,  sederhana, atau lemah.
Ciri-ciri:
1.    Diberi penekanan mengikut tahap kebolehan, bakat, keupayaan dan minat murid
2.    Aktiviti pengayaan boleh diubah mengikut kesesuaian seperti melakukan aktiviti yang lebih mencapar kepada murid yang sudah hasil pembelajaran awal dari jangkaan masa
3.    Aktiviti pengayaan boleh dilakukan dengan bimbingan guru atau sendirian mengikut kebolehan murid.
Cara pelaksanaan:
Sebagai seorang guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk menarik minat murid-murid terhadap P&P guru, guru seharusnya pandai merangka aktiviti pengayaan yang bersifat kreatif dan eksperimental. Ini penting bagi meningkatkan proses pemahaman murid-murid di samping mengelakkan murid-murid bosan atau jemu dengan corak P&P yang sama.
Beberapa aktiviti pengayaan boleh dijalankan di bilik darjah yang sesuai mengikut kecerdasan murid yang pelbagai seperti pembelajaran akses kendiri, kerja projek, bacaan tambahan, permainan dan rekreasi, serta pembelajaran berbantukan komputer. Semua aktiviti ini mempunyai variasi dan kaedahnya yang tersendiri serta menarik minat murid-murid dalam mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,  daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Seharusnya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid hendaklah dilakukan dengan menggunakan daya usaha sendiri atau hasil kendiri yang boleh memberi kesan kepada diri murid-murid.
Contoh-contoh aktiviti telah diberikan seperti di atas. Kita lihat bagaimana cara pelaksanaan untuk aktiviti yang berbantukan komputer.

D.   Pemulihan
Definisi:
Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).
Ciri-ciri:
1.    Aktiviti pemulihan bertujuan membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai
2.    Aktiviti dilakukan mengikut kadar kemampuan murid.
Cara pelaksanaan:
            Di dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan, guru seharusnya bijak untuk merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap kecerdasan mereka.      
Kita ambil contoh pemulihan di dalam bilik darjah yang menekankan

Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.
Pengajaran kumpulan besar pula ialah murid-murid mendapat pemulihan dalam sebuah kelompok yang besar di mana murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang ‘[
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.

Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.
            Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
            Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila wujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.

E.   Pentaksiran dan penilaian
Definisi:
Penilaian merupakan  satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif Pengajaran dan Pembelajaran.

Ciri-ciri:
1.    Bertujuan bagi mendapatkan maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif P&P
2.    Penilaian dilakukan secara berkala den berterusan serta tindakan susulan bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid
Cara pelaksanaan:

No comments:

Post a Comment