Edit

Saturday 21 December 2013

Sifir Bahasa



Operasi Aktiviti Sifir Bahasa

1)    Kaedah hafalan atau Sifir Bahasa ini  digunakan untuk  mengajarkan kesemua jenis golongan kata.

2)    Fokus  diberikan kepada kata sendi nama dan kata hubung terlebih dahulu kerana kedua-dua kata itu kerap digunakan dalam penulisan sebagai penanda wacana atau perangkai kata.  Kemudian diikuti dengan golongan kata yang lain pula.
3)    Pelajar diberikan senarai kata sendi nama dan kata hubung  berserta dengan fungsi atau cara penggunaannya untuk dihafal di rumah.         
4)    Semasa di  bilik darjah guru akan memperuntukkan masa antara lapan hingga 10 minit pertama sebelum sesi pengajaran dimulakan untuk aktiviti sifir bahasa. Guru akan meminta semua pelajar berdiri dan akan mengemukakan soalan terbuka menanyakan fungsi kata sendi nama atau kata hubung. 
5)    Pelajar yang tidak berjaya semasa sesi soal jawab akan didenda iaitu membuat kerja rumah.  Pelajar  dikehendaki  merujuk  kepada  lima  kata  sendi nama atau kata hubung dengan menyatakan fungsi setiap kata tersebut.
6)    Pada hari-hari yang berikutnya guru akan meneruskan aktiviti hafalan ini di  bilik darjah hingga semua pelajar dapat menguasai fungsi kata sendi nama dan kata hubung.
7)    Pada hari-hari seterusnya aktiviti golongan kata yang     lain pula dijadikan sebagai aktiviti seperti sebelumnya.
8)    Aktiviti ini hendaklah dibuat sepanjang tahun. Setelah kesemua golongan kata telah dijalankan, guru akan membuat ulangan untuk memantapkan   lagi ingatan dan kefahaman pelajar. 

No comments:

Post a Comment