Edit

Friday 20 December 2013

Rancangan Pengajaran Harian LINUS



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Guru: Amennudin / Zarina Anak Mos                                 Kelas: 2M
Sekolah: SK. St. Peter                                                                    Tarikh: 15 Sept 2012
Mata Pelajaran: Linus ( Literasi)                                                   Masa: 8.00 – 9.00 pagi
Jumlah Pelajar: 6 orang
Objektif: Di akhir pelajaran murid dapat:
1.    Membaca suku kata tertutup dan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup
2.    Menulis suku kata tertutup dan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.

Bahan: kad perkataan, carta suku kata, lembaran kerja, kertas bergaris empat
Kemahiran:
4.18: membaca perkataan yang mengandungi KV+KV+KK
5.19: Membina dan menulis perkataan yang mengandungi KV+KV+KK
Langkah
Isi Mata Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Set induksi
(5 minit)
Mengulang semula isi pelajaran yang lepas.
Menyebut perkataan berdasarkan gambar.
Kacang....cacing.....kerang....burung... corong... kucing...

Langkah 1
(5 minit)
Membaca suku kata tertutup.
1.    Guru menampal suku kata
2.    Guru baca murid ikut.
3.    Murid tunjuk dan murid baca.

Langkah 2
(7 minit)
Aktivti menulis suku kata:
Menulis perkataan suku kata tertutup di atas kertas bergaris empat.
1.    Guru mengedarkan kertas bergaris empat.
2.    Murid menyebut perkataan berdasarkan gambar kemudian menulis pada kertas bergaris empat.

Langkah 3
(10 minit)
Menulis dengan mencantumkan huruf bagi membentuk suku kata tertutup.
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja
2.    Murid-murid menulis dan mencantumkan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup berdasarkan gambar.

Penutup
(3 minit)
Guru mengedarkan lembaran kerja menyusun semula huruf bagi membentuk perkataan yang mempunyai suku kata  tertutup berdasarkan gambar.

1.    Guru mengedarkan lembaran kerja.
2.    Murid-murid menyelesaikan tugasan.
Refleksi












Konsep dan perkembangan program berkaitan literasi dalam konteks pendidikan sekolah rendah di Malaysia.
Penguasaan literasi bahasa berperanan sebagai pelengkap kepada kewajaran individu sebagai seorang anggota masyarakat kerana kecelikkan literasi dapat digunakan bagi melibatkan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Umum mengetahui keperluan mendapatkan maklumat selain menerusi aktiviti pendengaran, kita juga perlu membaca untuk mendapatkannya. Seseorang yang buta huruf beerti gelaplah masa depannya kerana kesukaran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber yang ada di persekitarannya. Di dalam kronologi perkembangan literasi di Malaysia, pelbagai kaeadah telah diperkenalkan kepada guru-guru prasekolah, Pemulihan Khas, Pendidikan Khas, KIA2M, KEDAP dan LINUS untuk mengajar murid-murid ke arah celik huruf secara bersistematik dan berkesan.
Kemahiran literasi ialah keupayaan seseorang itu untuk membaca dan menulis (Mahzan Arshad, 2008). Perkataan literasi diambil daripada perkataan Inggeris, ‘Literacy’ yang bermaksud kenal huruf. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seorang yang dapat membaca dan menulis suatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan sehariannya. Kegiatan literasi  iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir dalam sesuatu bahasa ialah proses membina makna (Brozo & Simpson, 1999). Makna dibina melalui interaksi antara seseorang individu dengan teks serta konteks persekitaran yang dialaminya. Makna yang dihasilkan daripada proses ini berkaitan dengan minat, budaya, motivasi, pengetahuan latar, kemahiran, strategi, jenis teks, suasana persekitaran, aktiviti dalam proses pembelajaran dan beberapa proses lain. Ini bermakna literasi memberi peluang kepada murid-murid untuk menikmati dan menghargai keupayaan berinteraksi teks, persekitaran dan orang lain. Mahzan Arshad (2008) berpendapat proses pengajaran dan pembelajaran literasi di dalam bilik darjah ketika ini perlulah melampaui proses mendidik murid-murid supaya mahir membaca dan menulis. Hal ini terjadi kerana keperluan terhadap kemahiran yang lain seperti kemahiran mendengar secara berkesan, mendiskriminasikan maklumat yang didengar dan dibaca, mencatat maklumat penting, berkomunikasi, berfikir dan berinteraksi guru dengan murid amat penting di samping pendidikan membaca dan menulis yang asas.
Literasi bahasa berlaku secara serentak dengan menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir. Hal ini bermakna, dalam pengajaran guru di bilik darjah, semua kemahiran berbahasa diajar kepada murid-murid secara serentak supaya aspek kemahiran tersebut terbina secara bersepadu dan saling membantu antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment