Edit

Saturday 21 December 2013

Contoh Laporan AJK Bina Insan Guru



LAPORAN JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 3
DPLI-SR AMBILAN DISEMBER 2007
7 – 9 MEI 2013 , KEM ALAPONG , LUNDU.

JAWATANKUASA : DOKUMENTASI DAN PUBLISITI
AHLI                           : Ahmad Sahir Hj Lukoi (K) - DRBM112
                                      Mohd Asheri Junaidi – DRBM 112

            AJK Dokumentasi dan Publisiti antara jawatankuasa yang mempunyai ahli yang sedikit tetapi mempunyai kepentingan yang sama dengan AJK – AJK yang lain.AJK Dokumentasi Dan Publisiti telah dipilih oleh peserta – peserta Program Bina Insan Siri 3 dan dipersetujui sebulat suara oleh peserta – peserta yang lain. Antara tugas yang diamanahkan kepada AJK kami ialah :
1.    Membuat rekaan kain rentang untuk program BIG ini dan dihantar untuk cetakan.
2.    Menjadi penyampai atau membuat sesuatu hebahan kepada peserta – peserta BIG.
3.    Membuat tanda nama (name tag) untuk 63 peserta dan 15 orang Fasilitator dan jurulatih.
4.    Mengambil gambar dan video untuk sepanjang progran BIG berlangsung.
5.    Menyediakan hardcopy dan softcopy dalam bentuk DVD untuk dihantar sebagai laporan.

SEBELUM
            Sebelum BIG berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua ahli sebanyak dua kali dan mesyuarat AJK juga dua kali. Antara kandungan mesyuarat adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas masing – masing. Tugasan sebelum BIG ini ialah membuat rekaan kain rentang. Seperti sedia maklum kain rentang tersebut sepanjang 15 kaki dan dihantar untuk cetakan. Harga kain rentang tersebut adalah RM 150.
Kami juga telah membuat rekaan dan mencetak serta melimined tag nama bagi 63 peserta dan 15 orang fasilitator dan jurulatih. Untuk peserta diminta membawa tali tag nama masing – masing. Harga kos untuk penghasilan tag nama dan tali untuk tag nama bagi fasilitator dan jurulatih adalah RM 85.50.
Selain itu juga sebuah laman khas di Facebook telah diwujudkan oleh AJK Dokumentasi dan Publisiti yang dinamakan BIG SIRI 3 DPLI-SR. Laman khas ini sangat membantu untuk menghebahkan sesuatu pekara selain dijadikan tempat perbincangan antara AJK – AJK lain. Gambar – gambar dan video sepanjang program BIG berlangsung dimasukkan di dalam laman khas ini. Adalah dicadangan agar laman khas ini dikekalkan untuk kohort DPLI-SR ambilan Dis 2011.

SEMASA
            Saya selaku ketua AJK Dokumetasi dan Publisiti telah membahagikan tugas antara kami berdua. Muhammad Suffian ditugaskan mengambil gambar sepanjang program berlangsung dan saya telah mengambil video. Walaupun bagaimanapun terdapat kekangan beberapa pekara  menyebabkan kami berdua tidak dapat mengambil gambar dan video beberapa aktiviti. Ini kerana kami juga adalah peserta dan menyertai aktiviti air dan hutan yang menyebabkan kami tidak membawa peralatan kami atas faktor keselamatan kamera.
            Bagi aktiviti lain seperti LDK , motivasi , pertandingan memasak , gambar keseluruhan peserta dan kumpulan  serta majlis penutupan gambar dan video telah diambil. Tugas – tugas dokumentasi telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang serius.

SELEPAS
            Selesai program gambar dan video telah dikumpul dan diletakan dalam satu DVD bagi tujuan laporan dan dokumentasi. Salinan DVD beserta laporan akan dihantar kepada Unit Kurikulum , Penghulu dan Penghuluwati. Pihak AJK Dokumentasi dan Publisiti mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dalam membantu tugasan kami.


___________________
(Ahmad Sahir Hj Lukoi)
Ketua AJK Dokumentasi dan Publisiti
______________________________
(Mohd Asheri Junaidi)
Ahli AJK Dokumentasi dan Publisiti
                                               

RPH Bahasa Melayu Tahun 3



Rancangan Pelajaran Harian`
Bahasa Malaysia Tahun 3

Tarikh                                    : 28 Febuari  2013 (Khamis)
Masa                                      : 0830 – 0930 pagi
Mata pelajaran                     : Bahasa Malaysia
Tahun                                    : Tahun 3 Merah
Bilangan Murid                   : 40 orang
Tema                                     : Keselamatan di luar rumah
Tajuk                                     : Menunggang Basikal dan Membonceng Motorsikal
Fokus utama                       :

            Standard Kandungan
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.     
Standard Pembelajaran
2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mengandungi ayat dengan betul.

Objektif pembelajaran       :
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
i.              Membaca dan memahami 3 bahan grafik yang mengandungi ayat dengan betul.

Sistem bahasa:
Kosa kata      : Cermin pandang sisi , jaket pemantul cahaya.

Pengisian kurikulum
                        Ilmu     : Peraturan jalan raya (JKJR)
                        Nilai    : Patuh kepada undang – undang , kerjasama , kerajinan
                        EMK    :

Kemahiran bernilai tambah (KBT):
                        Kemahiran berfikir                           : Menjana idea
Kemahiran belajar cara belajar      :  
Kecerdasan pelbagai                      : verbal-linguistik,
  interpersonal, intrapersonal
           
Pengetahuan sedia ada  : Murid-murid pernah menunggang basikal dan membonceng motorsikal.

Bahan bantu mengajar     : Gambar tanda di jalan raya, motorsikal , basikal, jaket pemantul cahaya, topi kaledar,  petikan “Panduan Menunggang basikal ”, dan lembaran kerja.

Langkah/ masa

Isi pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan



Set induksi
(7 minit)
(P n P dijalankan di Dewan Terbuka SKAKG)
Contoh soalan:
·         Apakahbenda ini?

Andaian jawapan
-motorsikal.
·         Siapakah pernah membonceng motorsikal?
-       murid

1.    Guru membawa motorsikal 
2.    Guru bertanya apakah kenderaan ini.
3.    Murid menjawab soalan tentang motorsikal berdasarkan pengalaman sedia ada
4.    Guru mengaitkan  soal jawab tadi dengan tajuk P&P hari ini

Bahan bantu mengajar:
 Motorsikal

Kemahiran berfikir:
menjana idea.






Langkah 1
( 15 minit)
Peraturan membonceng motorsikal.
(Lampiran 1)

-Guru menunjukkan tunjuk cara cara membonceng motorsikal dan memakai topi kaledar.
-mengenalpasti bahagian motorsikal seperti lampu isyarat membelok , brek , lampu utama dan cermin pandang sisi.




1.    Murid akan duduk berkumpulan.
2.    Murid melihat tunjuk cara guru membonceng motorsikal dan memakai topi kaledar dengan betul.
3.    Murid dipilih untuk melakukan semula tunjuk cara yang telah ditunjukan guru.
4.    Murid ditunjukan bahagian motorsikal. Guru menulis bahagian di dalam kad manila dan memilih murid membaca nama – nama bahagian motorsikal.
5.    Guru membetulkan bacaan murid.
Bahan bantu mengajar:
motorsikal. Topi kaledar

Kecerdasan pelbagai:
Intrapersonal
Nilai:
-bekerjasama dalam kumpulan
- patuh pada undang-undang.





Langkah 2
(10 minit)
Lampiran kerja
-       Rujuk lampiran 1
Kosa kata
cermin pandang sisi
-cermin yang terdapat pada kenderaan darat untuk melihat belakang.
.
2. Jaket pemantul cahaya
- baju keselamatan yang mengeluarkan cahaya apaabila disinari.
1.    Murid diberikan lampiran kerja menamakan bahagian – bahagian motorsikal.
2.    Murid terpilih akan membacakan jawapan
3.    Guru bersoal jawab dengan murid.
4.    Guru menerangkan kosa kata dan ayat yang menggunakan kosa kata yang sama.

Bahan bantu mengajar:
-motorsikal
-Buku Kosa kata
Kecerdasan pelbagai:
Verbal-linguistik



Langkah 3
( 10 minit)
“Menunggang basikal dengan selamat.”
-Penerangan mengenai cara – cara menunggang basikal dengan selamat dengan mengunaan topi kaledar , jaket pemantul cahaya dan alat pemantul cahaya di basikal.
(Rujuk lampiran 1 dan 2)
1.    Guru telah meminjam basikal murid.
2.    Murid diminta melakukan aksi menunggang basikal.
3.    Murid terpilih diminta melakukan aksi menunggang basikal semasa pergi ke sekolah
4.    Murid diminta menerangkan apakah tanda jalan raya ditunjukkan guru.
5.    Murid diminta meneka bahagian motorsikal dan peralatan tambahan untuk keselamatan semasa menunggang basikal.
Bahan bantu mengajar:
Basikal , jaket pemantul cahay , tanda jalan raya.
Kecerdasan pelbagai:
interpersonal


Langkah 4
(12 minit)
Lampiran Kerja
(rujuk lampiran 2)
Pengayaan
(rujuk lampiran 3)
Pemulihan
(Rujuk lampiran 4)
1.    Murid – murid diminta membuat lampiran kerja dan dibimbing oleh guru.
2.    Murid-murid menjawab soalan mengikut kumpulan pengayaan dan kumpulan pemulihan.
3.    Guru membincangkan jawapan bersama-sama dengan murid.

Bahan bantu mengajar:
lembaran kerja



Penutup
(6 minit)
Rumusan kognitif:
·         Menamakan nama bahagian motorsikal dan kegunaanya
 Rumusan Sosial:
·         Harus patuh peraturan di jalan raya agar selamat dan sejahtera untuk diri sendiri dan orang lain.

1.    Murid-murid diminta merumus tentang kemahiran bahasa yang dipelajari
2.    Guru  meminta murid patuh pada undang – undang dan peraturan jalan raya.

Nilai:  
Patuh pada undang - undang

Refleksi Guru :
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------.

Ulasan Guru pembimbing:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan Pensyarah pembimbing:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------.