Edit

Thursday 19 December 2013

Fonologi Bahasa Melayu

Rencana ini membincangkan sistem fonologi bahasa Melayu, merangkumi konsonan, vokal dan gaya penyebutan yang terdapat dalam bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Konsonan

Carta IPA konsonan Melayu

Dwibibir Bibir-gigi Gigi / Gusi Lelangit-
gusi
Lelangit Velar Uvular Glotis
Sengauan      m
     n      ɲ
     ŋ

Letupan / Hentian p   b
t   d

k   ɡ (q)      ʔ     
Letusan


 


Geseran
(f)   (v) s   (z) (ʃ)     
(x)   (ɣ)
h     
Malaran tak geser



     j      w

Sisian
     l





Fonem-fonem yang dibubuh tanda kurungan dalam jadual di atas merupakan konsonan pinjaman dari bahasa asing: [v] dari bahasa Inggeris, selebihnya dari bahasa Arab.
Semua aksara IPA konsonan di atas bersamaan dengan huruf dalam penulisan, kecuali:
  • [tʃ] untuk "c"
  • [dʒ] untuk "j"
  • [ɣ] untuk "gh"
  • [x] untuk "kh"
  • [ŋ] untuk "ng"
  • [ɲ] untuk "ny", juga alofon untuk /n/ sebelum [ʃ], [tʃ] dan [dʒ].
  • [ʃ] untuk "sy"
  • [j] untuk "y"
  • [ʔ] untuk "k" di akhir perkataan.
Selain yang di atas, wujudnya juga konsonan penegas dari bahasa Arab yang tidak diterima umum sebagai bunyi pinjaman yang sah dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya disebut oleh sebilangan penutur sahaja. Konsonan penegas ini menumpukan pembunyiannya pada farinks serentak dengan suatu daerah artikulasi lain.
Konsonan (IPA) Huruf Arab Contoh kata pinjaman
Geseran farinks tak bersuara [ħ] halal
Geseran gusi tak bersuara berfarinks [sˁ] solat
Letupan gusi bersuara berfarinks [dˁ] darurat
Letupan gusi tak bersuara berfarinks [tˁ] ط tayyiba
Geseran gusi bersuara berfarinks [zˁ] zohor
Letupan glotis berfarinks [ʔˤ] alam, ilmu


Vokal

Bahasa Melayu ada enam fonem keseluruhannya (tidak termasuk alofon dan loghat daerah), iaitu: /i, u, e, o, ə, a/.
Carta IPA konsonan Melayu

Depan Pusat Belakang
Sempit i     
     u
Separuh sempit e     
     o
Tengah
ə     
Separuh luas (ɛ)1,2     
     (ɔ)1,2
Luas a     
       (ɑ)3,4     
Catatan fonologi:
  1. Sesetengah penutur menyebut vokal [ɛ] dan [ɔ] untuk kata pinjaman dari bahasa Inggeris, misalnya pek [pɛk], kos [kɔs].
  2. Sesetengah loghat daerah membezakan vokal (depan dan belakang) separuh sempit dan separuh luas. Contohnya, dalam loghat Kedah:
    1. [modɛ] ("modal")
    2. [bɔrak] ("bohong")
  3. [ɑ] merupakan alofon bagi /a/ yang disebut sebelum atau selepas konsonan penegas dalam kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: qari [qɑri].
  4. Sesetengah loghat daerah membezakan vokal depan dan belakang luas. Contoh: [ɡulɑ] ("gulai", loghat Sungai Perak).

Diftong dan deretan vokal

Bahasa Melayu ada tiga fonem diftong (geluncuran dua vokal dalam satu suku kata) jati, iaitu:
  • /ai/: kedai, pandai
  • /au/: kerbau, aura
  • /oi/: dodoi, amboi
Selain itu, diperkenalkan juga diftong /ei/ dari kata pinjaman, contohnya, Mei, esei.
Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata, contohnya:
  • /a-i/: kain
  • /a-u/: laut
Sungguhpun tidak dibezakan dalam ejaan rumi masa kini, namun diftong dan vokal rangkap ada perbezaan dalam ejaan Jawi, yang mana huruf vokal dalam vokal rangkap dipisahkan oleh huruf hamzah (ء); contohnya: لاءوت laut, huruf vokal diftong pula dibiarkan bersambung.
Gabungan vokal berikut diterima sebagai geluncuran vokal antara dua suku kata, tetapi jika dilafazkan dengan cepat, bunyinya seakan-akan diftong.
  • /ia/: meriah
  • /iu/: liur
  • /ua/: luar
  • /ui/: kelui
Berbeza pula dengan perkataan yang kata dasarnya berakhir dengan fonem vokal tetapi diimbuhkan dengan akhiran -i, yang mana tiadanya geluncuran antara vokal-vokal berkenaan, sebaliknya terlafaznya kesan 'hentian'. Contohnya: /a.i/ dalam perkataan mengenai. Begitu juga dengan gandingan vokal sama antara dua suku kata, seperti saat /sa.at/.

No comments:

Post a Comment