Edit

Thursday 19 December 2013

Semantik

Semantik


Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik.
Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.

Kajian mengenai makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut
a, makna denotasi dan dan makna konotasi
b. Makna dalam kont
eks
c. Hubungan makna dengan kebudayaan
d. Perubahan makna
e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat.
Secara umunya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.
Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan.
Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini .
Storan maklumat serta morfem ini kita panggil leksikon atau kosa kata.
Lihat contoh ayat berikut.
Ayah saya pemandu

Kata Ciri
ayah (i) manusia
(ii) lelaki
(iii) dewasa
(iv) bapa kepada anak
Kata Ciri
saya (i) ganti nama
(ii) manusia
(iii) orang yang berkata
Kata ciri-ciri
pemandu (i) manusia
(ii) membawa kenderaan
(iii mempunyai lesen
Ciri ialah maklumat mengenai semantik perkataan.
Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang.
Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.
Teliti ayat berikut:
Orang itu pengarah syarikat
Orang itu abang saya

Seungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama.
Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diungkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.

Makna denotasi dan konotasi Makna dalam konteks Hubungan makna dengan kebudayaan Perubahan makna Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik
denotasi ialah makna tersurat Denotasi juga dikenali sebagai makna kamus, makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual dan makna ideasional
Contoh:
Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain-lain alat pengikat.
Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat.
Contoh: 
Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan.
Istilah lain untuk konotasi ialah emotif atau makna evaluatif
Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama,  tetapi makna konotasi yang berbeza.
Contoh: 
Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah.
Tetapi dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani, meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.

Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya. Contoh:
1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian)
2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati membawa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan)
3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan).
Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat. Contoh:
Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk menimbulkan kemesraan.
Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).
Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah diri apabila berhubung dengan golongan raja.



Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubunan sosial masyarakat. Contoh: 
rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).
Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim, hiponim, meronim, polisim, homonim, homofon dan homograf. Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh: 
sang suria = matahari
hangat = panas
Antonim - merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.
Contoh:
Pandai lawannya bodoh
Putih lawannya hitam.

Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh:
kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang)
Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)
Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.
Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan kereta.
Polisim - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:
Belum masak atau masih muda/putik (buah-buahan)
Tidak masak betul (barang yang dimasak)
Tidak atau belum dimasak (barang makanan)
Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)
Belum matang pemikiran.
Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.
Contoh:
pasang  I - jodoh atau kelamin
pasang II - naik atau bertambah (air laut)
pasang III - tembak (meriam)
pasang IV - berhias (badan)
Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
contoh: massa denan masa
ii. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh:
semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula).
bela-memelihara
bela-menuntut bela/balas
pelekat-kain sarung
pelekat-gam
Homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh:
daki I - kotoran
daki II - panjat


   Perubahan Makna

Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit.
Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa.
Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.

Peluasan makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata.

Penyempitan makna
Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, kontes dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga menjadi khusus.

Pemindahan makna
Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.
Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.

  Peribahasa
i. Simpulan bahasa
ii. Perumpaan
iii. Bidalan
iv. Pepatah atau perbilangan

Bukan Peribahasa
i. Kiasan (Metafora atau Personafikasi)
ii. Kata hikmat

No comments:

Post a Comment