Edit

Friday 20 December 2013

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Bahagian 4



Bahagian IV:
Secara individu, tuliskan sebuah refleksi mengenai pengalaman anda semasa anda menyiapkan tugasan ini

Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan oleh pensyarah mata pelajaran saya iaitu En. Adrian Luat. Pelbagai input bermanfaat dan pengetahun baharu telah saya peroleh sepanjang proses mencari bahan dan maklumat berkaitan dengan tajuk.
Saya telah diberi tugasan kerja projek Falsafah dan Etika Guru ini yang telah diberikan taklimat penuhnya oleh pensyarah mata pelajaran. Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu luas skopnya untuk difahami.Namun, selepas merujuk kepada pensyarah mata pelajaran, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini.Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama dengan rakan kolaborasi, Faizal Bin Tahir cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan berjaya mendapatkan beberapa buah buku daripada senior-senior yang saya kira amat membantu dalam membuat tugasan projek ini. Saya dan Hamri telah membahagikan tugasan tersebut bersama-sama dan kami telah mula menjalankan kerja masing-masing. Di sini, kami telah mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. Contohnya seperti pada Bahagian I: Peranan guru dalam mencapai FPK, pada Bahagian II: Perbandingan KSSR dengan KBSR dan Bahagian III: Lima amalan terbaik guru. Untuk mendapatkan bahan dan maklumat yang diperlukan, kami masing-masing menjalankan beberapa kaedah pengumpulan data di sekolah pilihan kami ketika melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
Untuk melaksanakan tugasan projek Falsafah dan Etika Guru ini, saya telah berbincang dengan Guru Panitia Bahasa Melayu, En. Maserat Bin Tom berkenaan dengan peranan dan usaha seorang guru itu merealisasikan hasrat FPK. Beliau telah menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan ciri-ciri seorang guru yang akan membawa pembaharuan ke atas sekolah. Antaranya seperti yang telah dibincangkan adalah tugas guru mengajar dan sebagai jurulatih. Guru yang menerapkan nilai murni di dalam p&p serta guru yang berpengetahuan am, baik di dalam isu semasa mahupun pengetahuan di dalam bidang ikhtisas guru. Banyak lagi maklumat yang dibincangkan ketika itu. Cuma saya memilih untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan peranan-peranan guru seperti di atas.
Bagi menyiapkan konstruk soalan pada Bahagian III, saya merancang membuat pemerhatian bagi guru Bahasa Melayu, Cik Rafidawati Bt Wahab. Saya memilih beliau kerana beliau juga merupakan guru pembimbing saya sewaktu saya menjalankan PBS pada bulan Ogos yang lalu. Sewaktu sesi p&p beliau,saya dapati beliau amat menitikberatkan mengenai amalan-amalan positif yang seharusnya dilakukan di dalam kelas. Amalan-amalan ini saya rekodkan pada buku log saya dan saya analisis mengenai tujuan dan kepentingannya. Amalan-amalan seperti memberi dan menjawab soalan serta membaca doa sudah cukup memberikan suasana yang positif di dalam kelas. Perbincangan telah dihuraikan. Saya memilih beberapa amalan-amalan terbaik yang beliau telah amalkan di dalam kelas. Saya reflek amalan-amalan tersebut di dalam diri saya dan saya harap dapat menonjolkan sifat-sifat positif yang sama yang telah ditunjukkan.
Di dalam pencarian bahan dan maklumat keseluruhannya, saya tidak hanya tertumpu kepada bahan rujukan daripada buku sahaja, tetapi saya juga merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh daripada internet di mana banyak membantu.kami melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya tidak terkeluar daripada kehendak soalan. Saya akui pelajaran yang memerlukan pemahaman dan pembacaan amat sukar bagi saya. Tambahan lagi, tugasan ini mengkehendakkan kami untuk berfikir di luar kotak dengan mengkaji apakah peranan-peranan guru di dalam mencapai FPK serta mengenalpasti amalan-amalan terbaik guru yang harus dilakukan di dalam kelas.
Tugasan ini bukan hanya sekadar mengarang semata-mata, tetapi saya juga mengalami kesukaran kerana, saya dikehendaki untuk menyiapkan tugasan sebanyak 15 helaian sahaja. Sedangkan pada awalnya, saya dapat siapkan sebanyak 25 muka surat. Saya cuba sedaya upaya membuang bahan-bahan yang tidak sepatutnya dan mencari bahan-bahan yang penting dan cuba mengambil isi-isi yang dikira berkaitan sahaja. Setelah beberapa hari, akhirnya saya dapat menyiapkan juga tugasan ini dengan jumlah muka surat yang dikehendaki (tidak termasuk isi kandungan, lampiran, bibliografi) dan dihantar sebelum tarikh menghantar tugasan tamat. Walaupun berlaku sedikit kecelaruan dalam memilih maklumat, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama di antara saya dan kawan-kawan amat penting bagi memastikan kelancaran tugasan.
Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang saya kira tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkaji dan melaksanakannya. Walaupun saya terpaksa menghadapi masalah dalam memperoleh maklumat bagi menyiapkan tugasan ini namun berkat daripada bantuan rakan-rakan serta pensyarah pembimbing akhirnya saya berjaya juga memperoleh maklumat yang bersesuaian bagi tugasan ini.
Tugasan ini sememangnya bermanfaat serta berfaedah kepada saya kerana melalui tugasan ini saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang kekurangan-kekurangan yang telah saya lakukan sewaktu menjadi GSTT tahun lalu. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat memperoleh pelbagai ilmu dan maklumat setelah menyiapkan tugasan projek ini.
Akhir kata, semoga pensyarah yang menilai tugasan projek saya ini berpuas hati dengan hasil yang telah saya sediakan ini. Sesungguhnya apa yang baik itu adalah kurniaan dari Allah dan yang buruk itu adalah datang dari kelemahan diri ini sebagai hambanya yang sering melakukan kesilapan dan kerosakan.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment