Edit

Saturday 21 December 2013

Contoh Laporan AJK Bina Insan Guru



LAPORAN JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 3
DPLI-SR AMBILAN DISEMBER 2007
7 – 9 MEI 2013 , KEM ALAPONG , LUNDU.

JAWATANKUASA : DOKUMENTASI DAN PUBLISITI
AHLI                           : Ahmad Sahir Hj Lukoi (K) - DRBM112
                                      Mohd Asheri Junaidi – DRBM 112

            AJK Dokumentasi dan Publisiti antara jawatankuasa yang mempunyai ahli yang sedikit tetapi mempunyai kepentingan yang sama dengan AJK – AJK yang lain.AJK Dokumentasi Dan Publisiti telah dipilih oleh peserta – peserta Program Bina Insan Siri 3 dan dipersetujui sebulat suara oleh peserta – peserta yang lain. Antara tugas yang diamanahkan kepada AJK kami ialah :
1.    Membuat rekaan kain rentang untuk program BIG ini dan dihantar untuk cetakan.
2.    Menjadi penyampai atau membuat sesuatu hebahan kepada peserta – peserta BIG.
3.    Membuat tanda nama (name tag) untuk 63 peserta dan 15 orang Fasilitator dan jurulatih.
4.    Mengambil gambar dan video untuk sepanjang progran BIG berlangsung.
5.    Menyediakan hardcopy dan softcopy dalam bentuk DVD untuk dihantar sebagai laporan.

SEBELUM
            Sebelum BIG berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua ahli sebanyak dua kali dan mesyuarat AJK juga dua kali. Antara kandungan mesyuarat adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas masing – masing. Tugasan sebelum BIG ini ialah membuat rekaan kain rentang. Seperti sedia maklum kain rentang tersebut sepanjang 15 kaki dan dihantar untuk cetakan. Harga kain rentang tersebut adalah RM 150.
Kami juga telah membuat rekaan dan mencetak serta melimined tag nama bagi 63 peserta dan 15 orang fasilitator dan jurulatih. Untuk peserta diminta membawa tali tag nama masing – masing. Harga kos untuk penghasilan tag nama dan tali untuk tag nama bagi fasilitator dan jurulatih adalah RM 85.50.
Selain itu juga sebuah laman khas di Facebook telah diwujudkan oleh AJK Dokumentasi dan Publisiti yang dinamakan BIG SIRI 3 DPLI-SR. Laman khas ini sangat membantu untuk menghebahkan sesuatu pekara selain dijadikan tempat perbincangan antara AJK – AJK lain. Gambar – gambar dan video sepanjang program BIG berlangsung dimasukkan di dalam laman khas ini. Adalah dicadangan agar laman khas ini dikekalkan untuk kohort DPLI-SR ambilan Dis 2011.

SEMASA
            Saya selaku ketua AJK Dokumetasi dan Publisiti telah membahagikan tugas antara kami berdua. Muhammad Suffian ditugaskan mengambil gambar sepanjang program berlangsung dan saya telah mengambil video. Walaupun bagaimanapun terdapat kekangan beberapa pekara  menyebabkan kami berdua tidak dapat mengambil gambar dan video beberapa aktiviti. Ini kerana kami juga adalah peserta dan menyertai aktiviti air dan hutan yang menyebabkan kami tidak membawa peralatan kami atas faktor keselamatan kamera.
            Bagi aktiviti lain seperti LDK , motivasi , pertandingan memasak , gambar keseluruhan peserta dan kumpulan  serta majlis penutupan gambar dan video telah diambil. Tugas – tugas dokumentasi telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang serius.

SELEPAS
            Selesai program gambar dan video telah dikumpul dan diletakan dalam satu DVD bagi tujuan laporan dan dokumentasi. Salinan DVD beserta laporan akan dihantar kepada Unit Kurikulum , Penghulu dan Penghuluwati. Pihak AJK Dokumentasi dan Publisiti mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dalam membantu tugasan kami.


___________________
(Ahmad Sahir Hj Lukoi)
Ketua AJK Dokumentasi dan Publisiti
______________________________
(Mohd Asheri Junaidi)
Ahli AJK Dokumentasi dan Publisiti
                                               

No comments:

Post a Comment