Edit

Thursday 19 December 2013

Laras Bahasa


Laras Bahasa


Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.
Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.
Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.
Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza.
Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.
Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, enidikan, matematik dan sebagainya. Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.
JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selariperlawanan bola sepak , rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.
Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara lisan atau tulisan. Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?
JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?
Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal. Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras Bahasa
Laas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:
kosa kata
tatabahasa
gaya

Laras Bahasa  Biasa
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.
.
Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.
Bersifat teknikal.
Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.
Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.

Laras bahasa media
Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Kesimpulan:

Golongan laras Bidang Situasi Contoh Bahan
Biasa Hiburan Pengetahuan
Maklumat
Upacara/.Majlis
Khalayak Umum Berita, laporan. iklan, surat peribadi Ucapan syarahan
Acara majlis umum
Doa, khutbah
Khusus Doa-khutbah Teknikal
Ilmiah
Khalayak Umum Acara majlis rasmi Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.
Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment