STRATEGI
KONSEP STRATEGI
Menurut
kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan
sesuatu perkara Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Di dalam
sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara berikut:
·
Penentuan pendekatan berdasarkan objektif
pelajaran.
·
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar
berdasarkan pendekatan.
·
Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara
sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.
·
Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk
setiap faedah dan teknik mengajar yang telah disusun.
·
Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya
dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.
·
Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah
dan teknik mengajar yang sesuai.
Strategi
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah
menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.
Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan
Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan
pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
PENDEKATAN
Pendekatan
Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.
Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.
Dalam
pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near
to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.
PENDEKATAN
PENGAJARAN BAHASA
·
INDUKTIF
·
DEDUKTIF
·
EKLEKTIK
·
KOMUNIKATIF
·
INDUKTIF
Pendekatan
induktif bermula daripada spesifik kepada umum.
Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak
mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa
yang cuba disampaikan oleh guru. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua
pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu.
Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah
menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih
memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Selain itu, soalan-soalan
akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.
DEDUKTIF
Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan
rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Selepas itu, proses P&P
diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan
terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula
daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu
pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam
kes-kes tertentu.
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang
kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi
serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari
dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Dalam penggunaan
pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada
awal pengajaran. Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati
fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka
menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK
Pendekatan
eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri
yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan
menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif.
Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai
kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid
tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar
waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan
contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses P&P boleh
diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini
lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau
generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan
tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Kesimpulannya,
pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan
yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.Mengikut
pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas
mengikut kehendak dan keperluan murid.
KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan
murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta
maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat
sehari-hari.Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal
adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan
lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang
betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya,
murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah
perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut
konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi
oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi
antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru
haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam
berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan
guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat
berkomunikai secara berkesan.
Pengajaran
bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam
kehidupan sehari-hari.
Rumusan
yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia
seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana
caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah
yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah
pengajaran.
·
Pendekatan Pembelajaran Bahasa
·
Berpusatkan Murid
·
Berdasarkan Bahan
·
Pemebelajaran Berasaskan Projek
·
Pembelajaran Berasaskan Masalah
·
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
·
Pembelajaran Berasaskan
Situasional/Senario
·
Pembelajaran Berasaskan Permainan
PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID
Pendekatan
pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting
dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju
mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti
pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.
PENDEKATAN BERPUSATKAN BAHAN
Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau
murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai
objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih
mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai
objektif pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif,
jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami
konsep yang abstrak dengan lebih jelas.
PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK
Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh
membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan
menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
PENDEKATAN BERASASKAN MASALAH
Pengajaran
dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif
menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan
kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk
menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam
kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.
PEMBELAJARAN BERASASKAN AKTIVITI
Melalui
pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan
melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan
kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam
proses pengajaran dan pembelajaran guru. Pembelajaran berasaskan aktiviti
boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa
Melayu di sekolah-sekolah.
PEMBELAJARAN BERASASKAN
SITUASIONAL
Pendekatan
ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan
maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru hanya bertindak sebagai model dan
menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan
kemudian mengemukakan contoh-contoh untuk diikuti secara berulang untuk
mengukuhkan pembelajaran.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
Dalam
pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan
permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri
aktiviti permainan yang dilaksanakan. Murid-murid akan mudah memahami apa
yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan
berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan
perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi
KAEDAH
Definisi
Kaedah
Kaedah
merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka
pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada
prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah
juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat
pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan
saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak,
1982:72).
Kaedah
|
Penerangan
|
Kaedah
Natural
|
Kaedah
ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang
berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan
rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori
tatabahasa tertentu.
|
Kaedah
Nahu Tradisional
|
Kaedah
nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu
bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah
ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang
luas yang dapat digunakan dalam penulisan.
|
Kaedah
Terus
|
Kaedah
ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara
tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah
digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia
Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan
psikologi kanak-kanak.
|
Kaedah
Ajuk Hafaz
|
Kaedah
ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi.
Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar
secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam
ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.
|
Kaedah
|
Penerangan
|
Kaedah
Linguistik
|
Kaedah
ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu
dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus
tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain
seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului
bentuk daripada makna.
|
Kaedah
Kod
Kognitif
|
Kaedah
ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari
sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum
dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.
|
Kaedah
Bahasa
Komuniti
|
Pembelajaran
bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran
bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La
Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa
teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model
abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna
yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.
|
Kaedah
Oral-
Aural
|
Kaedah
ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat
kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran
menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas
untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami
kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
|
TEKNIK
Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta
sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut
Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau
taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada
waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin &
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi
Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa
bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk
pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
·
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
·
Teknik main peranan
·
Teknik permainan bahasa
·
Teknik latih tubi
·
Teknik bercerita
·
Teknik simulasi
·
Teknik drama
·
Tujuan Teknik
·
Menarik minat murid
·
Mengekalkan perhatian
·
Membangkitkan rasa ingin tahu
·
Teknik Latih - Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran
disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa
Melayu. Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui
teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut
(audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir
menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah,
isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan
kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan
individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini murid
digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi
peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini
pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam
kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik
yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran
dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah
atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak
sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main
peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada
murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan
yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran
masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.
Teknik Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran
(brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap
ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh diaplikasikan sebagai
aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi
aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah
menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea
daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa
melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang
kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai
alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai
kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya.
Teknik Bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata
dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan
cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan
cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan
kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal
supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Teknik Drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan
utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik
(jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya
dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan
matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat
penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam
pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat
menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping
dapat menyuburkan sahsiah murid.
BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI,
PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI
|
PENDEKATAN
|
KAEDAH
|
TEKNIK
|
Berdasarkan
pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik
mengajar
|
Bercorak
abstrak
|
Bersifat
konkrit
|
Lebih
khusus atau spesifik
|
Rancangan
yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan
|
Satu
pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan
mendekati sesuatu perkara
|
Cara
mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasa
|
Wujud
dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang
berkaitan
|
Strategi
penggabungjajalinan kemahiran
-strategi
penyerapan
nilai-nilai murini dalam pengajaran
|
Pendekatan
empirisis
-pendekatan
rasiomalis (mentalis
-pendekatan
komunikatif
|
-kaedah
tubi
-kaedah
terus
-kaedah
dengar dan sebut
-kaedah
bersiri
-kaedah
terjemahan
-kaedah
tentera
|
-teknik
kloz
-teknik
bacaan nyaring
-teknik
bercerita
-teknik
drama
-teknik
korus
-teknik
dialog
|
PENUTUP
Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk
setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan
demokratik. Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini
merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan
murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita
perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
No comments:
Post a Comment