Edit

Saturday 21 December 2013

Contoh RPH Tahun 4 KBSR



Tahun                         :           4 BESTARI
Bil. Murid                   :           30 orang.
Tema                          :           Lestari Alam.
Tajuk                          :           Pencemaran Air
Tarikh                         :            12 Mei 2010             
Masa                          :            60minit.

Objektif                       :           Pada akhir pelajaran ,murid dapat,

i.              Memberi dua pendapat tentang tajuk pencemaran air.
ii.            Mendeklamasikan  sajak ‘Bumi Tercemar’  dengan menggunakan intonasi dan gaya yang sesuai.
iii.           Menyenaraikan  5 kata adjektif yang terdapat di dalam puisi .

Fokus Utama         :                4.2     Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan                                                   pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan                                                   oleh pihak lain.
                                                 
                                                  Aras 1(i) Memberikan komen yang membina tentang sesuatu                                                   perkara.

Fokus Sampingan  :             5.2      Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan
                                             dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
                                             yang dibaca.

                                                 Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
                                                 dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Kemahiran Bahasa :           Membaca, menulis, mendengar dan bertutur
Sistem bahasa         :           kata adjektif
Ilmu                            :           Kesusateraan, Moral, Sivik dan Kewarganegaraan.
Nilai                            :           Bertanggungjawab dan bersyukur.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran berfikir  :            Membuat kaitan dan perhubungan, menjana idea dan membuat kesimpulan, menimbang dan membuat keputusan, mengenal pasti fakta, mentafsir dan meramal
Kemahiran belajar   :           Mengumpul dan mencatat maklumat,membaca            laju,mendengar dengan berkesan
Kecerdasan pelbagai:         Verbal linguistik,muzik, kinestetik, visual

ABM/ BBM                 :            Komputer riba, projector, LCD, slaid gambar, video, lagu,
Pengetahuan Perlu ada :   Murid pernah melihat pencemaran alam sekitar seperti jerebu.




Isi pelajaran

Aktiviti P&P
Catatan

Tayangan Iklan Pencemaran Alam Sekitar.

Soalan:

1)    Pernahkah kamu menonton iklan ini?

2)    Adakah iklan ini telah memberi pengajaran kepada kamu semua?
Set induksi ( 5 minit )

  1. Murid meneliti tayangan iklan pencemaran
  2. Murid disoal oleh guru tentang iklan tersebut.
  3. Murid menjawab soalan guru.
  4. Guru mengaitkan tayangan iklan tersebut dengan tajuk pelajaran hari ini.


Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)
TKP: Naturalis, visual

BBM: Komputer riba, LCD.

BCB: Mendengar dengan berkesan.

Teknik: Penyoalan




1.Video pencemaran air.

2. Memberi pendapat tayangan animasi pencemaran.


2. Sebab pencemaran air
  • Membuang sampah ke dalam sungai.
  • Pembuangan sisa kilang
  • Tumpahan minyak
  • Pembuangan najis ternakan
  • Penggunaan bahan kimia beracun

3. Kesan pencemaran air
  • Hidupan air akan mati
  • Banjir
  • Keracunan


4.  Borang pengurusan grafik

Langkah 1 ( 20 minit )

  1. Murid dtayangkan  animasi tentang pencemaran air .

  1. Secara berkumpulan murid diminta memberi pendapat mereka mengenai animasi pencemaran air yang ditayangkan.

  1. Secara berkumpulan murid diminta memberi pendapat sebab dan kesan daripada pencemaran air tersebut.

  1. Murid diminta meyatakan sebab dan kesan  pencemaran air dengan menggunakan borang pengurusan grafik.

  1. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan.








Teori :Theory of Constraints
( Sebab Dan Akibat)

BCB: Mendengar dengan berkesan, mencatatkan maklumat.

Kaedah:Berkumpulan

KB: Mengenal pasti fakta.

TKP: Verbal linguistik, naturalis, visual

KB: Membuat keputusan, menjana idea.

Pendekatan:Pemahaman, perbincangan

BBM: Komputer riba,LCD, borang pengurusan grafik


Sajak ‘ Bumi Tercemar’.

Soalan;

1.            Bolehkah kamu hidup jika alam ini tiada?
2.            Mengapa kamu berkata demikian?
3.            Di manakah kamu akan tinggal jika alam ini musnah?
4.            Mengapa hutan tidak boleh ditebang sesuka hati?
5.            Apa akan berlaku sekiranya tiada pokok hijau di atas muka bumi ini.


Maksud sajak – Peta minda

Langkah 2 ( 15 minit )

  1. Murid membaca slaid petikan sajak secara sepintas lalu.

  1. Murid dipilih secara rawak untuk mendeklamasi sajak dengan nada dan intonasi yang sesuai diiringi muzik latar.

  1. Murid lain membuat penilaian aspek deklamasi sajak rakan mereka dengan menggunakan borang penilaian.

  1. Murid disoal oleh guru tentang sajak tersebut.

  1. Murid diarahkan dalam kumpulan mencari maksud keseluruhan sajak tersebut.

  1. Hasil perbincangan hendaklah dicatat menggunakan peta minda

BBB: Slaid Petikan sajak, borang penilaian.

BCB:Mengumpul dan mencatat maklumat dan mendengar dengan berkesan.

KB: Membuat keputusan.

KB: Membuat kaitan dan perhubungan.

TKP: Verbal linguistik, muzik

Kaedah: Berkumpulan

Kata Adjektif.


1)    Segar
2)    Hijau
3)    Luas
4)    Insaf
5)    Kotor






Langkah 3 ( 20 minit )

  1. Berdasarkan sajak ’Bumi Tercemar’ murid diminta menyenaraikan 5 kata adjektif.

  1. Murid ditayangkan slaid power point penerangan kata adjektif.

  1. Murid diminta menjawab soalan dalam power point yang disediakan guru.


Kaedah: Individu

BBM: slaid power point

KB: Membuat kaitan dan perhubungan, menjana idea,mentafsir dan meramal.



TKP: Verbal linguistik,

TMK: Power point

Penutup

Kognitif:

Rumusan isi pelajaran
  1. Pendapat mengenai punca/ /kesan pencemaran air.
  2. Sajak ‘Bumi Tercemar’.
  3. Kata Adjektif.

Nilai :  Bertanggungjawab , bersyukur, cintakan alam sekitar.

Sosial:

Nyanyian lagu ‘Hijau’

Penutup (3 minit)

  1. Murid menyatakan perkara yang dipelajari
  2. Guru merumuskan tajuk pelajaran.
  3. Murid menyatakan nilai yang diperolehi.
  4. Murid ditayangkan slaid  lirik lagu dan meminta murid menyanyikan lagu ‘hijau’ yang bertemakan pencemaran bersama-sama sambil melakukan gaya.





KB: Membuat kesimpulan.

TKP: Verbal linguistik,
Kinestetik

Teknik: Nyayian.

Nilai:Bertanggungjawab


No comments:

Post a Comment