Ulangkaji HBML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik
Soalan2 dan jawapan ulalangkaji.
1.
Apakah yg anda faham ttg laras bahasa?
Laras bahasa merupakan satu konvensi social. Laras
bahasa tertenntu digunakan utk keadaan
atau situasi tertentu. Menurut Halliday, laras merupakan variasi bahasa
berdasarkan penggunaannya iaitu bahasa itu diguna dlm bidang apa dan utk fungsi
apa(Kamaruddin Hj hussin,1995)
2. Apakah factor yang membezakan laras bahasa?
a). Ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa
–dibahagikan kpd 2(Ure dan Ellis,1977)iaitu stuasi luaran iaitu latar belakang
social dan kebudayaan sesuatu masyarakat
bahasa yang ruang lingkupnya amat luas dan yang kedua adalah situasi persekitaran.Situasi persekitaran
adalah aspek2 yg terlibat secara langsung dlm penggunaan bahasa.Aspek2 ini
menghasilkan laras yg berlainan.
b. Ciri2 linguistik yg wujud yang bermaksud unsur2 sisitem bahasa itu sendiri iaitu aspek binyinya,
aspek perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya. Dibahagikan kepada 3 bahagian
(nik Safiah karim dan Norliza jamaluddin,2003) iaitu aspek bunyi,aspek
perkataan dan aspek ayat.
3. Senaraikan factor yang menyebabkan bahasa Melayu
hadir sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah2?
Faktor2nya adalah :
·
Penggunaan Bahasa Melayu telah terbukti sebagai
lingua franca di rantau ini sejak zaman Srivijaya sehingga zaman colonial lagi.
·
Penggunaan Bahasa Melayu oleh pelbagai kaum
·
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penradbiran
di negeri Melayu Bersekutu.
·
Ia dipilih kerana mudah dipelajari dan difahami
·
Ia dipilih kerana factor penyatupaduan rakyat
·
Akan mewujudkan suatu suasana kebangsaan yg
melibatkan semua rakyat tanpa mengira kaum.
·
Ia penting dalam urusan pentadbiran dan sistem
pendidikan Negara
·
Bahasa Melayu mempunyai ‘historicity,autonomy,ethnicity and validity’
4. Apakah yang dimaksudkan dengan lingua franca?
Lingua franca membawa maksud sesuatu bahasa,cthnya
bahasa melayu menjadi bahasa perantaraan utk tujuan perdagangan atau
perniagaan.
5. Huraikan maksud istilah bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi.
Bahasa Kebangsaan adalah bahasa kepunyaan sendiri
yg dikaitkan dengan semangat kebangsaan yang merupakan nyawa kepada sesebuah
negara yang menjadi satu lambang penyatuan serta dapat menjadi dasar bagi satu
identifikasi kebangsaan. Manakala bahasa rasmi merupakan bahasa yg digunakan
dalam situasi rasmi ,iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, system
pendidikan Negara,urusan perdagangan dan perusahaan,upacara rasmi,kehakiman dan
sebagainya.
6. Jelaskan maksud dialeg dan dialeg geografi.
Dialeg adalah bentuk tertentu atau variasi satu bahasa yg berhubung dgn
satu kws geografi atau satu kumpulan masyarakat.
Dialeg geografi pula merupakan satu bahasa yang
digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk
bahasa,sebutan,intonasi,kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang
terdapat di sekitarnya
No comments:
Post a Comment