1. Penilaian Melalui Portfolio.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.
Penilaian Melalui Portfolio.
Apakah portfolio?
· Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri
portfolio.
· Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan
penilaian yang teliti.
· Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan
bantuan daripada pelbagai pihak.
· Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah
logik.
· Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Penilaian Portfolio
· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang
boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat
mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang
telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.
1. Portfolio Kerja Harian
· Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu
yang diberikan.
· Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian
untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
2. Portfolio Hasil Terbaik
· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
· Berbentuk sumatif
· Contohnya;
Hasil lukisan yang
terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio
kerja terbaik.
3. Portfolio Dokumen
· Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu
jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
· Contohnya;
Hasil lukisan
daripada warna tersebut.
Kegunaan Portfolio
· Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru
untuk membuat penilaian secara holistik.
· Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan
pelajar
· Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan
menggunakan peta perkembangan.
· Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian,
nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja
pelajar.
· Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi
dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif,
kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Perancangan
Portfolio
Menyenaraikan
beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan
pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi
kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi
kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio
dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu,
termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
Bagaimana Portfolio
dinilai?
· Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang
berterusan.
· Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
· Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga
tugasan tersebut selesai.
Merekod Penilaian
Portfolio
·
Terdapat dua cara merekod penilaian
portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
·
Penilaian awal – penilaian merentasi
tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling
penting – penetuaan gred.
Kriteria penilaian
I.Struktur dan organisani
II.Strategi pengurusan
III.Variasi isi yang sesuai
IV.Struktur ayat dan gaya bahasa
V.Senaraikan ciri. Ini akan menentukan
markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
VI.Mengambil kira markah yang diberikan
kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan
refleksi pelajar.
VII.Skala berkadar atau berkala boleh
digunakan.
Penilaian Melalui Pemerhatian
Penilaian melalui pemerhatian adalah satu proses
untuk menentukan apa yang pelajar tahu
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu
alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Ianya merupakan satu
alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif dan psikomotr pelajar.
Tujuan
utamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang
kualiti pencapaian pelajar, termasuklah
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.
proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.
Maklumat ini boleh digunakan oleh
pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah
yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah
ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya
tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh
dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah
pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan.
1. Fahami asas kepada pemerhatian
·
menyedari keadaan sekeliling
·
membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan
objektif
·
membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens
·
prasa soalan yang menghadkan pemerhati memerhati
tingkahlaku yang maujud dan zahir
2. Bersedia untuk
membuat pemerhatian dengan
·
membuat keputusan tentang jenis tingkahlaku,
tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan
·
membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi
pemerhati
·
membuat pelan sampel
·
menyediakan borang pemerhatian untuk merekod
kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul
·
melatih pemerhati
3. Memerhati dan
merekod bagaimana pelajar melakukan tingkahlaku tersebut. Prosedur
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal
pemerhatian ini boleh dalam bentuk formal ataupun tidak formal
4. Buat ringkasan atau rumusan kepada hasil
pemerhatian dengan jelas dan berguna sebagai satu "feedback"
kepada setiap pelajar dan kumpulan; dan bantu pelajar dalam menganalisa data
pemerhatian dan membuat refleksi tentang bagaimana;
·
tahap efisien pembelajaran mereka
·
mereka boleh membantu rakan mereka belajar
·
mereka boleh mencapai tahap yang lebih efisien
PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para
pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari,
bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu
yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara
kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai
Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara
guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang
dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang
berkaitan dengan tugasan seperti :-
·
Bentuk akhir tugasan dihasilkan
·
Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau
kumpulan?)
·
Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar
kepada guru
·
Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil
akhirnya sahaja)
·
Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang
gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua
pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran
untuk membolehkan
* Pelajar mengenal pasti dan merekod
· objektif dan
matlamat pembelajaran kendiri
· kaedah yang akan
diambil untuk mencapai matlamat
· jangka masa pelaksanaan dan
penghasilannya
· bukti menunjukkan objektif tercapai
· bagaimana dan pada tahap mana hasil
pembelajaran akan dinilai
* Memberi peluang pelajar menentukan
matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
* Menghasilkan kerja yang terancang
* Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang
proses kerjanya
Kontrak pembelajaran digunakan dengan
pelbagai cara, antaranya:-
1.
Penilaian objektif tugasan
· Objektif ditentukan
oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
· Beberapa set
objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan
sesuai ATAU
· Pelajar merangka
beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan
persetujuan guru
2.
Hasil Pembelajaran
· Pelajar
bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada
dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
· Jenis atau bentuk
hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3.
Penilaian
· Pelajar menyatakan
gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan
tugasan ATAU
· Gurum menentukan
sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan
tugasan ATAU
· Gred akhir
dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang
ditentukan ATAU
· Penilaian dibuat
oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk
menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk
mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara
formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga
dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
PERINGATAN:
· Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya
berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru
· Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan
dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat
KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI SOAL JAWAB
1. Penilaian melalui soal jawab bermaksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui sesi soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
2. Contohnya, sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru ingin mengetahui sejauh mana kefahaman muridnya mengenai pelajaran yang telah diajar, guru tersebut dalam menjalankan soal jawab untuk menguji kefahaman muridnya.
3. Melalui soal jawab juga, guru dapat mengetahui kelemahan setiap muridnya dalam sesuatu topik yang diajarkan.
4. Seterusnya, guru dapat mencari jalan penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid tersebut.
5. Sebagai contoh, ada antara murid kurang faham mengenai kata nama, maka guru akan lebih menumpukan terhadap perkara tersebut untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan muridnya dalam kata nama.
6. Melalui aktiviti soal jawab juga, guru dapat mengetahui sama ada muridnya dapat mengetahui setiap topik yang guru tersebut ajarkan.
7. Sekiranya ada antara murid tidak faham tentang topik yang diajarkan oleh guru tersebut, maka proses pembelajaran akan diulang semula. Kali ini, guru mengajar murid yang lemah tersebut dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
8. Tujuannya adalah agar murid tersebut memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajarkan oleh guru.
PENILAIAN MELALAUI PROJEK
KAEDAH PENILAIAN BAHASA MELALUI SOAL JAWAB
1. Penilaian melalui soal jawab bermaksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui sesi soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
2. Contohnya, sesi soal jawab yang dijalankan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru ingin mengetahui sejauh mana kefahaman muridnya mengenai pelajaran yang telah diajar, guru tersebut dalam menjalankan soal jawab untuk menguji kefahaman muridnya.
3. Melalui soal jawab juga, guru dapat mengetahui kelemahan setiap muridnya dalam sesuatu topik yang diajarkan.
4. Seterusnya, guru dapat mencari jalan penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid tersebut.
5. Sebagai contoh, ada antara murid kurang faham mengenai kata nama, maka guru akan lebih menumpukan terhadap perkara tersebut untuk meningkatkan pemahaman serta pengetahuan muridnya dalam kata nama.
6. Melalui aktiviti soal jawab juga, guru dapat mengetahui sama ada muridnya dapat mengetahui setiap topik yang guru tersebut ajarkan.
7. Sekiranya ada antara murid tidak faham tentang topik yang diajarkan oleh guru tersebut, maka proses pembelajaran akan diulang semula. Kali ini, guru mengajar murid yang lemah tersebut dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
8. Tujuannya adalah agar murid tersebut memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajarkan oleh guru.
PENILAIAN MELALAUI PROJEK
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu
tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya
melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan
. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.
Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan
dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek membolehkan pelajar
mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan
tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya
dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang
sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk
kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat
berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan
berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.
Sebagai satu
aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab
2. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi
3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat diluar bilik
darjah
4. Memotivasikan pelajar untuk belajar
5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin
6. Membenarkan pelajar menentukan peranan
7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar
yang sesuai dengan kemampuannya
LANGKAH-LANGKAH
Langkah
1:Menentukan tajuk dan skop Projek
Langkah 2:
Menjalankan penilaian awal projek
Langkah 3 : Melaksanakan strategi
Langkah 4 :
Memproses Maklumat
Langkah 5 : Menilai
Hasil Projek
No comments:
Post a Comment