Edit

Friday 20 December 2013

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Bahagian 2



Bahagian II:
Dengan membandingkannya dengan KBSR, bincangkan sekurang-kurangnya 4 ciri utama KSSR

Pengenalan
Perkembangan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
            Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insane yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat PIPP adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat, menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni.
            KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Perbandingan KSSR dengan KBSR
            Ciri-ciri KSSR yang dibentuk berlainan dengan apa yang ada pada KBSR. Perbandingan yang jelas di antara dua bentuk kurikulum tersebut adalah seperti pada jadual di bawah.
No.
Aspek
KSSR
KBSR

1.

Bentuk

·       Komunikasi
·       Manusia dengan alam sekelilingnya
·       Perkembangan diri individu

·      Komunikasi
·      Kerohanian, Sikap Dan Nilai
·      Kemanusiaan
·      Ketrampilan Diri
·      Perkembangan Fizikal Dan Estetika
·      Sains Dan Teknologi


2

Elemen

·      Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

·      Elemen Kreativiti Dan Inovasi, Elemen Keusahawanan Dan Elemen Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Secara Eksplisit


3.

Organisasi

·      Tahap I (tahun 1, 2 dan 3)
Ø  Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif
·      Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Ø  Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan.


·      Tahap I (tahun 1, 2 dan 3)
Ø  Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif
·      Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Ø  Mata Pelajaran Teras dan Elektif

4.

Bahan

·      Sukatan pelajaran
·      Huraian sukatan pelajaran
Ø  Kandungan
Ø  Hasil Pembelajaran
Ø  Cadangan Aktiviti P&P


·      Dokumen Kurikulum
Ø  Standard Kandungan
Ø  Standard Pembelajaran


Untuk perbandingan yang pertama, KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Gambaran jelasnya ditunjukkan seperti di dalam rajah di bawah.
 
Sementara, KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang tersebut dibahagikan pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut adalah seperti dalam jadual di bawah.
Bidang
Komponen
Mata pelajaran


Fasa 1
Fasa 2
Komunikasi
Kemahiran Asas
Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil
Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil
Matematik
Matematik
Manusia dan Persekitaran
Sikap, Nilai dan Spiritual
Pendidikan Islam

Pendidikan Moral
Pendidikan Islam

Pendidikan Moral
-
Sains
Kajian Tempatan
-
Kemahiran Hidup
Perkembangan Diri Individu
Kemahiran Hidup

Seni dan Riadah

Kokurikulum
Pendidikan Muzik
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni
Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

DI dalam perbandingan yang kedua, KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
Elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.
            Elemen keusahawanan pula diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan.  bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan.
Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan harus dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlak-sanaan KSSR pada tahun hadapan.
Sementara KBSR menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M. (Membaca, Menulis dan Mengira). Di dalam Falsafah Pendidikan Negara, KBKK merujuk kepada perkembangan daya intelek individu yang diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani. Elemen ini dibentuk untuk memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah. Sementara di dalam KBSR, elemen ini dibentuk adalah bertujuan untuk mengaplikasikan aplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah, menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif, meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka dan lain-lain lagi.
Di dalam perbandingan yang ketiga, KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid.
Bagi tahap satu, kandungan kurikulum diorganisasikan dalam modul Teras Asas, Modul Teras dan Modul Elektif.

Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1

Modul Teras Asas
Modul Teras Tema
Modul Teras Elektif
Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Matematik

Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik)

Dunia Sains dan Teknologi
Bahasa Arab

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)

Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)

Bahasa Iban

Bahasa Kadazandusun

Manakala bagi tahap dua, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular pada 2014 untuk murid-murid tahun empat.

Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2
Mata Pelajaran Teras
Modul Elektif
Modul Komunikasi
Modul Sains dan Teknologi

Modul Fizikal dan Estetika – Pendidikan Jasmani
Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai
Modul Kemanusiaan
Modul Komunikasi Elektif
Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil
Matematik

Sains

Reka Bentuk dan Teknologi / ICT
Pendidkan Kesihatan

Pendidikan Muzik – Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Islam/Moral
Sejarah
Bahasa Arab

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai

Bahasa Kadazandusun

 Sementara bagi KBSR, pembahagian mata pelajaran terbahagi kepada 3 jenis mata pelajaran iaitu mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan. Mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang menjadi asas utama pendidikan murid-murid di semua sekolah. Ia mesti dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi mata pelajaran teras seperti mata pelajaran bahasa, Matematik dan Sains diberi peruntukan masa yang lebih bagi membolehkan murid-murid betul-betul dapat menguasainya.
Mata pelajaran wajib ialah mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid. Pembelajaran mata pelajaran wajib adalah bagi membantu perkembangan yang berterusan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang ada pada murid-murid selaras dengan kehendak FPK.
Mata pelajaran tambahan adalah sebagai tambahan kepada mata pelajaran teras dan mata pelajaran wajib. Mata pelajaran ini diajar kepada murid-murid yang berminat untuk mempelajarinya. Jadual di bawah menunjukkan mata pelajaran-mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan.
MP Teras
MP Wajib
MP Tambahan

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina (di SJKC)

Bahasa Tamil (di SJKT)

Matematik

Sains

Kajian Tempatan

Pendidikan Islam (Murid-murid Islam )

Pendidikan Moral (Murid-murid bukan Islam )


Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

Kemahiran Hidup

Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Muzik


Bahasa Cina (di SK dan SJKT)

Bahasa Tamil (di SK dan SJKC)

Bahasa Arab ( Komunikasi )

Bahasa-bahasa suku kaum seperti bahasa Kadazan, bahasa Semai dan sebagainya



Untuk perbandingan yang keempat, KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jika nak dibandingkan dengan KBSR yang digubal dalam bentuk penyataan Huraian Sukatan Pelajaran.





No comments:

Post a Comment