Pengenalan
·
Pengelolaan bilik darjah merupakan satu proses
yang melibatkan pengurusan fizikal sesebuah bilik darjah.
·
Bilik darjah pula merupakan tempat proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dan melibatkan guru dan murid.
·
Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada
set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk
dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan.
JENIS-JENIS BILIK DARJAH
i.
Bilik Darjah Tradisi
ii.
Bilik Darjah KBSR
iii.
Bilik Darjah KBSM
iv.
Bilik Darjah Terbuka
v.
Bilik Darjah Prasekolah
Bilik Darjah Tradisi
·
Bilik darjah tradisi di negara kita telah lama
digunakan untuk mendidik kanak-kanak di bawah program ‘Kurikulum Lama
Sekolah Rendah’ dan ‘Kurikulum Lama Sekolah Menengah’ diperkenalkan.
·
Kaedah ini sesuai apabila seorang guru
menyampaikan pengajaran dengan penggunaan ‘Kaedah Keseluruhan Kelas’.
·
Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya
pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris.
·
Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah
dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat
juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
·
Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi
baris.
·
Pelajar yang rendah, bertubuh kecil dan kurang
penglihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan.
·
Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan
kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.
·
Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah
mengajar utama di dalam bilik darjah.
·
Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan.
·
Pelajar berada dalam keadaan pasif dan
menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.
Bilik Darjah KBSR
·
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di
Negara kita pada tahun 1982
·
Program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran
murid secara kumpulan
·
Interaksi antara guru dengan murid serta
interaksi murid dengan murid diperkenalkan.
Ciri-ciri bilik darjah KBSR:
·
Kerusi-meja disusun mengikut kumpulan.
·
Murid-murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan mengikut kebolehan masing-masing.
·
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti
P&P digalakkan.
·
Suasana pembelajaran yang kondusif dapat
diperhatikan melalui pameran hasil kerja murid serta ABM mengajar yang
berkaitan.
·
Ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk memudahkan
murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
·
Aktiviti murid berada dalam keadaan aktif.
Bilik Darjah KBSM:
·
Bilik Darjah KBSM mula diperkenalkan pada
tahun 1988.
·
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik
darjah KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan
aktiviti pembelajaran
·
Ciri-ciri bilik darjah:
o
Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut
kumpulan.
o
Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu
berdasarkan kobolehan tersendiri.
o
Menggalakkan pengelibatan pelajar secara
aktif.
o
Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar.
Bilik Darjah Terbuka:
·
v Bilik Darjah Terbuka lahir
daripada konsep ‘Pendidikan Terbuka’.
·
v R.S. Barth (1976) dalam buku
berjudul ‘Open Education and The American School’ menghuraikan konsep
Pendidikan Terbuka sebagai suatu pendekatan pendidikan yang sedia terbuka
kepada:
§ Bidang
Kurikulum
§ Pendekatan
Pengajaran & Pembelajaran
§ Ruang-Ruang
Pembelajaran
§ Bahan-Bahan
Pelajaran
§ Murid-murid
akan memilih bahan pelajaran yang mereka
hendak belajar.
hendak belajar.
·
Murid-murid akan menentukan dan merancang
aktiviti P&P sendiri.
·
Pengajaran guru dikurangkan pada
peringkat yang minimum.
·
Guru cuma akan menjadi penasihat dengan
membimbing dan melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau secara
individu.
·
Biasanya pendekatan ‘Pengajaran
Berpasukan’ yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang
pelajaran untuk membimbing murid-murid dalam ‘Bilik Darjah Terbuka’.
·
Situasi P&P adalah berbentuk Informal.
·
Ruang dan rekabentuk bilik darjah diubahsuai
untuk membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dari satu tempat ke tempat
lain, memilih bahan-bahan pelajaran yang diminati serta menjalankan aktiviti
P&P selepas berbincang dengan guru.
Ciri-ciri bilik darjah terbuka :
i.
Aktiviti P&P biasanya dijalankan secara
kumpulan atau individu.
ii. Berbagai-bagai
aktiviti P&P dilakukan dalam bilik darjah secara serentak.
iii. Murid-murid
dapat mengikuti berbagai-bagai aktiviti P&P mengikut jadual
iv. waktu
pelajaran sendiri.
v.
Persekitaran bilik darjah terbuka dilengkapkan
dengan alat-alat dan bahan pelajaran untuk memudahkan murid menggunakannya.
Bilik Darjah Prasekolah
·
Pendidikan Prasekolah merupakan asas
pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun sebelum mereka memulakan alam
persekolahan secara formal di Sekolah Rendah.
·
Pendidikan Prasekolah penting untuk
menyuburkan perkembangan kanak-kanak dari segi JERIS melalui aktiviti
Pembelajaran dan Permainan dengan menggunakan deria penglihatan, pendengaran,
rasa, hidu dan sentuh mereka.
·
Dalam bilik darjah Prasekolah, kerusi-meja
disusun mengikut bilik dajah KBSR.
·
Aktiviti berbentuk permainan menjadi aktiviti
pembelajaran utama untuk kanak-kanak Prasekolah.
·
Sebuah bilik darjah Prasekolah yang
lengkap mempunyai:
§ Sudut
Bacaan (Bahasa)
§ Sudut
permainan Matematik dan Teka-Teki
§ Sudut
Manipulatif
§ Sudut
Sains
§ Sudut
Muzik
§ Sudut
Lukisan
§ Sudut
Agama (Kanak-kanak Islam)
Ciri-ciri bilik darjah:
·
Bilik darjah dikhaskan untuk
kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun.
·
Ia merupakan tempat melatih
kanak-kanak secara informal dan melalui aktiviti permainan.
·
Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan seperti
bilik darjah KBSR Tahap Satu.
·
Dinding sekeliling bilik darjah
Prasekolah dihiasi pelbagai carta dan kad gambar yang berwarna-warni.
·
Sesebuah bilik darjah Prasekolah moden pula
dilengkapi dengan ruang membaca, peralatan permainan bercorak pendidikan asas,
komputer, televisyen, dll.
·
Pendidikan Jasmani melalui aktiviti permainan
di padang permainan kanak-kanak berdekatan bilik darjah prasekolah adalah
diutamakan.
·
Bilangan murid Prasekolah biasanya tidak
melebihi 25 orang.
1. FAKTOR FIZIKAL
·
Faktor-faktor fizikal merangkumi segala bentuk
kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.
·
Kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada
bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan
serta perabot di dalam bilik darjah.
·
Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan,
suasana fizikal sekolah yang kondusif menjadi faktor yang penting untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah.
·
Faktor fizikal sekolah merangkumi suasana
fizikal di dalam bilik darjah dan kawasan sekolah.
·
Selain itu susunan meja dan kerusi bilik
darjah juga memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti
pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
·
Murid-murid mudah berinteraksi sesama mereka
dan mudah berinteraksi dengan guru.
2. FAKTOR KEMANUSIAAN
1. Suasana
sosial
·
Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan
corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah.
·
Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah
mempunyai mempunyai latar belakang dan sifat-sifat yang berbeza-beza.
·
Murid yang mempunyai sifat yang pendiam dan pemalu
tidak suka bergaul dengan murid yang lain. Mereka biasanya berkawan dengan
murid yang mempunyai status sosial yang setaraf.
·
Dari segi pendidikan, perhubungan dan corak
interaksi murid dalam sesebuah kelas memang mempengaruhi keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
·
Justeru itu, guru seharusnya memainkan peranan
yang penting dalam memahami tingkah laku dan budaya murid agar keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.
2. Suasana emosi
·
v Suasana emosi merujuk kepada
perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Guru banyak mempengaruhi tingkahlaku
dan corak pembelajaran muridnya.
·
v Guru perlu menunjukkan teladan
sebagai seorang professional, membentuk program-program yang bertujuan
membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang
segala tingkahlaku negatif.
·
v Budaya bilik darjah yang dinamis,
mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra diantara murid, dan
murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh
emosi serta sifat guru yang peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana
emosi kegembiraan dalam bilik darjah.
3. FAKTOR TEKNIKAL
·
Merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan
untuk merangsang semangat dan kesediaan untuk belajar.
·
Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru,
kecekapan penggunaan alat bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti yang boleh
yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran seperti pertandingan nyanyian,
mewarna, bercerita dan sebagainya.
·
Guru yang mempunyai kemahiran mengajar, serta
kebolehan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar penting bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
·
Aktiviti-aktiviti seperti projek dan
pertandingan berunsur akademik pula dapat merangsang semangat belajar murid
kerana dengan adanya aktiviti-aktiviti ini murid-murid akan berusaha dengan
lebih giat lagi.
PENUTUPAN DAN MEMBUAT
KESIMPULAN/PENUTUP
·
Guru boleh menutup pengajarannya dengan
membuat kesimpulan terhadap pelajaran yang diajar.
·
Pengajaran guru tidak seharusnya
berhenti secara tiba-tiba terutamanya ketika pelajar hendak keluar
semasa waktu rehat.
·
Guru hendaklah merancang pegajarannya supaya
dapat ditutup dengan baik dan berkesan. Minda pelajar hendaklah
difokuskan kepada perkara yang telah dipelajari terutamanya melalui kesimpulan,
penilaian, atau aktiviti susulan (tugasan).
Kesimpulan
·
Kebiasaannya guru akan menutup pengajarannya
dengan membuat kesimpulan atau rumusan pelajaran. Melalui kesimpulan pelajar dapat
membentuk konsep serta dapat
melihat perkaitan antara fakta yang
dipelajari.
·
Selain itu, pelajar akan berasa yag mereka
telah mempelajari sesuatu dan faham apa yang dipelajari. Kesimpulan juga adalah
sebagai peneguh kepada pelajaran bagi memudahkan pelajar mengingati apa yang
telah dipelajari. Guru bpleh membantu pelajar membuat kesimpulan sendiri
melalui soalan-soalan yang dikemukakan.
Penilaian
·
Penilaian pada bahagian penutup bukanlah
seperti penilaian yang dibuat semasa pengajaran.
·
Penilaian disini adalah ringkas yang pada
kebiasaannya dibuat secara lisan untuk mengetahui samaada pelajar memahami apa
yang telah merekaa pelajari.
·
Penilaian juga secara tidak langsung membantu
pelajar membuat kesimpulan.
Aktiviti susulan atau tugasan
·
Aktiviti susulan biasanya diberi oleh guru
pada akhir bahagian penutup iaitu kerja tambahan yang guru berikan kepada
pelajar dalam bentuk kerja rumah.
·
Tujuannya adalah untuk mengukuhkan aspek-aspek
pembelajaran yang telah disampaikan supaya sesuai dengan fungsinya sebagai satu
bentuk aktiviti pengayaan.
·
Guru perlu memberi perhatian supaya
aktiviti susulan yang diberi itu tidak membebankan pelajar.
·
Sekiranya guru yang mengajar setiap pelajaran
yang diikuti pada hari tersebut memberikan tugasan dan perlu disiapkan dalam
jangka masa yang singkat, maka sudah pasti pelajar akan tertekan dan bosan.
·
Hal ini akan menghilangkan minat pelajar
terhadap pelajaran.
No comments:
Post a Comment